Thursday, September 17, 2009

student uia syahid di Palestine


Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.

Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”

Sepanjang belajar di UIA Ubaida sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid. Beliau baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestine. Beliau dibawa ke hospital dan koma selama 19 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang sangat aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Ubaida pernah menjadi salah seorang pimpinan kelab ini. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.

Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini . Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepada Masjidil Aqsa yang mereka perjuangkan.

Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.

Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.

Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.

Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.

Semoga roh Ubaida ditempatkan bersama roh para syuhada

Gambar As-syaheed Ubaida ditangisi ibu dan keluarga. Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala.Semoga rohnya ditempatkan Allah bersama roh para syuhada.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.


sumber ehsan dari madam martinelli's blog


aku tak kenal dia.tapi aku kagum dengan semangat dia. *sedey*



Tuesday, September 15, 2009

untitled


it happened back then

it happens again today

you wish you never knew the truth

when the truth gives you nothing but pain

pain that you can hide

that nobody knows

you gave me no choice when you have the choice

it's hard to forgive what more to forget

but no worries

there's always a place for forgiveness

because you mean an ocean to me

but that doesn't mean you can easily break the trust given

i'll forgive

but never forget

end~




Saturday, September 5, 2009

duit! duit! kemana kau duit!

aku selalu bernasib malang pasal duit.

selalu kena keluar duit yang takkan datangkan faedah utk aku

baru2 ni kena denda pulangkan buku lambat kat library sampi RM9

haritu kena denda hilangkan kunci (bukan hilang sebenarnya.jatuh dlm toilet bowl!) sampai RM45!

denda salah parking tempat staff tak igt berapa.RM30 kot.ke 25

kereta kena clamp.aku pusing2 ayat sikit.dapat la RM15 dpd 50

dan lain2 denda lagi yang tak perlu dinyatakan.

bukan denda2 je yang merugikan aku..

yang kes gelang patah kat KLCC sampai RM50.itupon ok.dpd RM198

pegi NYSS juz nak try free facial.sekali dia ayat2 aku bagi gak RM100

ni yang aku teringat sekarang

aku tau ada lagi selain nih

eihh bengongnya!

kalau add up semua duit2 yang aku dah bayar tu mau sampi RM300 agaknya

patutnya dah bole dapat satu henfon cikai,satu sony mp3,kamera olympus,beberapa helai baju n seluar,bags,kasuts,beauty products,makanan kucing utk beberapa bulan,alat2 tulis berjenama mahal seperti pen jetstream,jam fossil yang lagi canggih,buku2 bes berhard-cover,perhiasan dalaman bilik yang stylo2,makan kat sakae sushi sehingga muntah,makan cake2 sedap di cafe2 mahal,perbelanjaan harian di u selama 2 bulan,isi minyak kereta sampai full 3-4 kali,stok coklat di bilik selama satu sem,upgrade spec aku ke yang lebih menawan,and the list goes on.

aih~

Friday, September 4, 2009

one faizal tahir





lagu satu malaysia faizal tahir aku yang menang..
(perlu ke aku tuh)

out of 400 submissions.

dia jugak yang menang.



aku bangga







hakhak


klik sini untuk dengar




ps : aku bangga jugak malaysia dah ada kapal selam sendiri.woot!