Showing posts with label apa apa aje. Show all posts
Showing posts with label apa apa aje. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

riang ria raya bersama saya

kan aku cakap nak rajin update blog bila dah tukar design blog template yang baru.ha ni aku nak update pasal suasana raya tahun ni.sebelum tu nak wish selamat hari raya.tak tau nak minta maaf zahir batin ke tak sebab blog ni dah lama tak update so rasanya dia takde buat kesalahan terkini.

malas nak cerita panjang.
let the pictures do the talking.




^%$&*(&*&$#
aku tak transfer gambar dalam laptop lagi rupanyaaaa!

to be continue...

Monday, June 28, 2010

mimpi





pagi tadi aku bangun mengharapkan itu semua adalah mimpi

tapi tidak

ia adalah satu kenyataan yang sangat merunsingkan








Friday, June 4, 2010

silentness

ditinggalkan bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.

lebih2 lagi sepatutnya kau tak sepatutnya ditinggalkan tapi disebabkan sesuatu yang lain kau harus juga menjadi seperti dalam cerita home alone

bila bangun2 rumah sunyi sepi amatlah menyedihkan sekali

tapi nasib baik sepupu, nenek dan ria ada sebagai peneman.

tidak lupa juga gafil,lembut,tompok dan chiko

and also :)

haaaiihhh


tadi petang final match team volley aku menang

so unpredictable.even dapat masuk final pon dah mengejutkan

tapi frankly speaking aku tak menyumbang apa2 pon.

menyumbang sorakan saje :p



Sunday, February 7, 2010

diari kehidupan (tajuk geli)



3hb
pergi wangsa walk
karaoke dekat superstar selama satu jam
x puas
sambung dekat songbox selama satu setengah jam
melalak menari macam orang lalok
balek cuak nak masuk pakgad sebab dah pukul 1
tapi lepas
Alhamdulillah~

4hb
pergi pavillion
karaoke lagi dekat redbox plus
masuk pukul 6.30
menyanyi melalak meronggeng sampai pukul 3 pagi
gila
9 jam menyanyi
kalah siti nurhaliza
makan dinner sekali dalam tu
biasa je tak sedap sangat
presentation je cantik
3-5 lepak pelita
5-6 lepak dalam kereta kat petronas
aku ngantuk tido
sedar2 dah sampai uia
tido kul 7 bangun kul 8.30 kelas
mereng~

5hb
tengok wayang ngn family
cerita avatar 3D
kat sunway piramid
aku tengah tidur
(sebab dah tgk plus ngantuk gle.time tu tgk midnite)
sekali adik kat sebelah cakap
"ain ain kejut nur bukan nama sebenar.dia dengkur tu"
hakhakhak!

6hb
harini aku tengok wayang lagi
cerita universal soldier
dengan =)
sebenarnya =) ajak tgk toothfairy
tapi sebab aku ckp kawan aku ckp universal soldier bes
kitorang pon beli la tiket cerita tu
sekali bosan gila
tapi takpela
sebab tengok dengan =)
aku suka (^^,)


END



ps:baru aku perasan.sambutan bday aku dipenuhi dgn aktiviti karaoke dengan wayang selama 2 hari.sekarang kena study dengan gigih.isnin exam!waaa!



Sunday, November 15, 2009

feelings






D O W N


D O W N


D O W N


D O W N


D O W N



Friday, November 6, 2009

soseh soseh

semalam aku exam 2 paper.pagi petang.dua2 killer paper.gila.nasib baik paper pagi open book.paper petang tu aku sangkut banyak.sir cakap senang tapi sir penipu.malam tu pukul 9 aku dah tido dalam keadaan kecewa.ingat nak bangun balik pukul 10 tuk mandi.sekali aku sedar dah pukul 8 esok pagi.gila lama aku tido.banyak masa dah terbuang.sekarang kena sambung balik study patutnya.bukan berblogging..

Tuesday, September 15, 2009

untitled


it happened back then

it happens again today

you wish you never knew the truth

when the truth gives you nothing but pain

pain that you can hide

that nobody knows

you gave me no choice when you have the choice

it's hard to forgive what more to forget

but no worries

there's always a place for forgiveness

because you mean an ocean to me

but that doesn't mean you can easily break the trust given

i'll forgive

but never forget

end~




Friday, September 4, 2009

one faizal tahir





lagu satu malaysia faizal tahir aku yang menang..
(perlu ke aku tuh)

out of 400 submissions.

dia jugak yang menang.



aku bangga







hakhak


klik sini untuk dengar




ps : aku bangga jugak malaysia dah ada kapal selam sendiri.woot!




Saturday, August 8, 2009

naik dan turun




apa yang senang nak naik tapi susah nak turun??



BERAT BADAN



apa yang susah nak naik tapi senang nak turun??



CGPA



haishh




Monday, July 6, 2009

remember the time

time aku tau michael jackson pergi tak kembali aku tak rasa ape2 pon
lagi2 bila media asik cerita yang negative je pasal dia dulu.molestation

ramai yang rasa kehilangan la apa la..

tapi sekarang bila lagu dia asik kuar kat radio n tv aku rasa sebak lak
rindu lak kat dia

dia memang one in a million la.








eh tak.kalau one in a million sama macam tomok n suki je







dia memang one in a zillion la






tak tak









dia memang irreplaceable.


yah.thats the word!


bodo gak la perasaan rindu kat artis sebenarnya.ish

sudah.aku nak download lagu2 dia sekarang.



p/s:dedicate you are not alone

Thursday, April 23, 2009

you've been tagged!

dah lama tak update blog..


so nak update dengan cara sharing is caring..*bak kata afuan*


List these rules on your blog.

* Share 7 facts about yourself on your blog.
* Tell 7 unspectacular quirks of yours.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Link the person who tagged you.
* Leave a comment for each blogger.


Share 7 facts about yourself on your blog.


#org kata aku blur..kesian gak la org sekeliling aku kena explain byk2 kali kekadang..kekadang bila aku tak paham aku buat2 phm sebab nanti org bengang aku asik ha?cane cane?..takpon bile org buat lawak,kalau tak paham aku buat2 gelak (sebab konon xnk ketinggalan mengetawakan lawak tu) tapi lambat sikit bile dah phm ngn lawak tu aku akan gelak sungguh2.pastu org2 kat situ akan kata..”nampak sgt kau buat2 gelak kan tadi”


#budak hingusan..kalau dah start bersin pasti akan bersin lagi non stop selang setengah saat..memang susah nak berhenti..selalu terjadi bila tempat berhabuk, bila bermain ngn kucing2 kesayangan, tak cukup tidor ataupon time kenduri kendara (masa org ramai2..yang pasti time raya memang wajib bersin2)..bila dah mcm ni mood pon takde..jgnla nak ajak berborak atau nak buat lawak ngn aku.memang tak layan..time2 camni hanya tidur jadi penyelamat..


#tak suka tidur gelap2..at least kena ada lampu malap.selalu gaduh ngn adik aku bab ni sebab dia suka gelap2.

#suka sgt cake n suka sgt buat cake..aku penah bagitau ayah aku..”ayah, ain nak belajar buat kek betul2 boleh?”..”boleh..nanti ayah hanta la mana2”..”tak,maksud ain sekarang ni..ain dah taknak belajar engineering lagi”..

“haa?takda2..mana boleh mcm tu!”

AISH!

#senang kesian kat haiwan..even kesian kat anai2 yg ibu selalu pnggil pest control tuk sembur kt blakang rumah..tapi satu2 nya binatang yang aku tak kesah kalau nak dibunuh adalah nyamuk.itu memang satu haiwan yg sgt annoying.sorry nyamuk.no mercy for you..

selalu tolong mereka bila mereka kesusahan..tak kira la sekecil mana pon haiwan tu.mana yang boleh tolong aku tolong..(bajet penyelamat)..


# org igt aku susah menangis tapi sebenarnya aku senang menangis bila terharu n bila tgk org menangis..tgk bdk2 af tersingkir menangis2 aku pon rasa nak menangis..(isk malu doh!)


#pernah bercita-cita menjadi seorang pramugari..hakhak..

Alah biasela kecik2 dulu..korg pon mesti pernah bercita cita jadi pelakon/penyanyi kan..ha lagi tak logik


hah!lupa..(lebey2 lak.suruh 7 bagi 8)..tgn aku ni kadang2 suka terketar2 secara tetiba..tataula parkinson ke apa..


Tell 7 unspectacular quirks of yours.


# suka membeli tapi tak pakai..(gile membazir)..aku ada beberapa baju fitting room. (maksudnya baju tu penah pakai sekali je kat fitting room masa nak try sebelom membeli)..skng ni masih elok berlipat dan bergantung di dalam almari..sape nak beli online dialu2kan..

# butterfingers..contoh-tragedi mematahkan gelang berharga 198 di klcc..dulu2 pon aku selalu memecahkan barang2 kaca kat dapur..okla..bukan kat dapur je.barang2 perhiasan pon..sampai ibu cakap..tak heran la kalau ain yang pecahkan..tapi itu dolu2..zaman butterfingers sedang naik..sekarang ni diorg dah suram aku pon kureng sikit butterfingersnye..(cey nak salahkan grup butterfingers lak )..



#never really show what i mean never really mean what i say..hah paham2 kan la sendre.


# selalu tertinggal tinggal barang..pernah tertinggal baju kat hotel kat fraser hill.seb baik la time kitorang dah balek tu,member ayah aku belum balek lagi.so mintak tolong dia je bawakkan..memalukan gak r..tp syg tu beb.baru je beli..penah gak tertinggal dalam toilet coo-coo clock (jam yang kalau pukul 7, ada burung keluar dari tingkap sebanyak 7 kali) yang ibu baru je beli.bila pegi balek toilet tgk dah lesap..memang kena ar ngn ibu pastuh..penah gak tertinggal kat toilet botol air kesayangan anum yg mak dia bagi present time bday dia..ha ni kelaka..tapi malas nak citer..akibat kejadian pemurah tak bertempat ni, ibu selalu je remind aku “ain cek dulu betol2 ada tinggal barang tak”..jadi sekarang aku lebih berhati2 bila berhadapan dgn situasi ini.

# ske melambat2 1 bnde..tangguh2..last2 mnyesal..dah tau keje nk anta esok..mlm 2 baru nk wat..pdhl mse bnyk sblm 2..pas2 x siap..pas2 bengang padhl ske gle tangguh2 kn..

(haha ni aku guna ayat sejibun je ngn atif sebab memang betol pon)

#senang terpengaruh dengan barang2 yg org promote kat aku..lepastu beli tapi tak pakai..(waa banyaknye barang yang aku beli tapi tak pakai!baru aku sedar)..sebab tu la kalau ada org nak dtg promote2 kat aku, aku cepat2 bagi talk to the hand..(sebab takut terpengaruh)..kecuali bdk2 dtg promote celcom yang ‘free’ kunun..tu aku bagi talk to the feet terus..annoying gila..lagi2 time on the way nak pegi mid valley..macam desperate sgt la celcom nih..ops!no offence celcom user

#last but not least..selalu lambat..selalu menjadi org yg last bersiap..org yg last masuk kelas (perempuan r..tapi kadang2 di kalangan laki gak)..org yg last sampai..org yg last berlari ke garisan penamat..hehe ni tak pon sebenarnya..aku lari laju mcm watson nyambek(tipu)..kira kalau aku awal tu memang agak pelik ar..kesimpulannya selalu lambat..ni kesinambungan daripada wat keja last minit tadi..bersiap pon last minit pastu jadi la org last..boleh kata aku ni last malay girl la..atau translate ke bm, perempuan melayu terakhir..hehe

Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.


mamal
tim
k.sya2
ojah
afuan
yoyoe

(up to korang nak layan ke tak tagged ni)


Link the person who tagged you.


atif

TAG KEDUA

Rules & Regulations
* Do not copy answers.
* Tag questions must be 100% same.
* Tag people before doing the tag

Ppl I tag:

1. mamal
2. yoyoe
3. tim
4. afuan
5. k.sha2
6. ojah
7. sumi
8. ain kecik
9. atif

How do you know 1(mamal)?
kitorang jumpa masa pegi konsert faizal tahir..

What would you do if you never meet 2(yoyoe)?

tak dapat la aku gelakkan dia setiap kali dia nak terpelecot (badi nama yoyoe..kali selalu terbelit)

What would you do if 3(tim) & 4(afuan) dated?

Hoho..pegi bancuh Nescafe panas yg dicampak coklat Cadbury..


Would 5(k.sha2) & 6(ojah) make a good couple?
absolutely not

Do you think 7(sumi) is attractive?
haih..kenapala kena soalan yg ni plak kat dia..


Would you date 8(ain kecik)?
boleh aja kalau dia nak sponsor aku kat jepun tuh

Tell me something about 9(atif).
dia cakap kaki dia besar

What’s 1’s (mamal) favourite past time?
melabur..bukan fevret past time je..all time fevret..

What language does 2(yoyoe) speaks?
tamil urdu

Who is 3(tim) going out with?
kau nak mana tim? A ke F?

How old is 4(afuan)?
one year older..so 23

When was the last time you talked to 5(k.sha2)?
tak igt lah..dah lama gak kot

Who is 6’s (ojah) favorite singer?
super junior!konfirm!

Would you date 7(sumi)?
duh!~tunang org..jgn memain..

Is 8 single(ain kecik)?
taktau la..tanye tuan punya badan

What’s 9’s (atif) last name?
atif jauhari


done!

Saturday, March 21, 2009

minit-minit terakhir

camne nak elakkan buat keja last minit?
aku penatla asik buat keja last minit je..
keja sebulan lebih sir bagi tapi aku baru start buat pukul 4.30 pagi before nak hantar esoknya..
nak tidur pon kena pikir 7,8 kali..

last minit aku tidak terhad masa study saja

masa nak kemana2 bersama family aku pasti atau mesti atau selalunya akan jadi org last yang masuk kereta sambil ayah or ibu akan hon2 kereta suruh cepat..
lepas tu aku akan kelam kabut dan mengambil keputusan bersiap dalam kereta saja

kalau exam takyah ckp..tapi aku rasa ini adalah normal
lagi2 ble subjek membaca dan mengingat
mana leh study awal2..nanti lupa balik pon..
(akibat byk sgt makan semut dlm air tanpa disedari mungkin)

tapi masa study last minit tu mesti akan cakap
"lain kali tak boleh mcm ni..lain kali kena study awal sket"*bak kata tim juga*
"lepas ni aku nak byngkan mcm esok adalah exam walaupon sbnanye lagi sebulan"

tapi itu hanyalah omong2 kohsong saje

tapi sbnarnye last minit ok lagi kan..dpd last second..

Monday, February 9, 2009

taste orang tua

aku baru beli beg
beg tu coklet in kaler
nuraini kata tak cantik macam beg orang tua
tapi aku tak endahkan komen dia sebab taste nuraini tu memang opposite tul ngn aku
so aku beli je jugak

balik tu adik aku teha tengok beg aku
dia pon cakap cam orang tua punya beg lagi2 kalernya

ces adakah aku memang bertaste org tua

tapi nenek tak pakai beg camni pon!



awet muda je nampak


tak kesah la beg tua pon asalkan boleh muat holga aku

Sunday, December 28, 2008

resolusi hati

azam aku masa cuti konon nak jadi morning person memang siak2
aku tetap bangun lambat walaupon tido awal
aku dah agak sikit
aku memang tak boleh nak berazam azam sangat
sebab selalunya kalau bagitau azam aku secara terang terangan mesti tak dapat nak realizekan
kena azam sorang2 dalam hati je sebenarnya

macam kau bakal dapat seorang suami yang hensem seperti joni dep
tapi kalau kau kecoh satu malaya yang bakal suami kau iras iras kapten jack sparrow
pasti impian untuk menjadi seperti kiera knightly akan hancur berkecai
sebaliknya kau hanya jadi calypso



tengok ni..hensem sangat



(aku tak pasti analogi aku antara azam dalam hati dengan suami hensem macam joni dep ni kena ke tak sebab aku terbawa2 cerita pirates yang aku tengah tengok kat tv sekarang)

kira macam niat semayang juga la
kan dalam hati je
lainla dolu dolu masa kecil kecil masa nak belajar semayang pertama kali
niat mesti nak kuat kuat supaya kalau tersalah sebut waktu
orang sekeliling yang dengar boleh tolong betolkan

tetiba teringat waktu wan kecil kecil
lepas semayang suruh dia baca doa
dia pegi baca doa makan
HAHA

tetiba teringat lagi
waktu kecil kecil (kenapa perlu kecil)
aku n mamal semayang berimamkan balong
balong kentut
mamal gelak
aku yang bajet semayang sah
rupa rupanya rambut terkeluar
bodo semua tak sah


ok
marila kita berazam tahun baru di dalam hati

tapi bagi siapa yang cekal hatinya dan yakin boleh merealisasikan azam setiap kali berazam
tak perlu berazam dalam hati seperti saya

Thursday, December 25, 2008

dilecture

harini aku,mamal n teha telah membuat nenek merajuk
sebenarnya kes kecik je (bagi akula hehe)
tapi nenek sensitip

selalunya nenek seorang yang banyak bercakap dan bercerita
tapi tadi time makan dia cakap ngn ria (maid) je..

balong bila tau nenek merajuk konon nak tunjuk baik la
panggil nenek "nenek,nenek..meh duduk sini"
bengong wat nenek cam budak kecik
tapi nenek taknak
pastu balong bising2 salahkan kitorang buat nenek merajuk

aku taknak hal ni lame2
lepas makan aku "hai nenek!janganla merajuk2"
pastu baru la dia bersuara melepaskan rasa yang terbuku di dada cewah

balong pon time tu lagi dia nak mengapi2 kan nenek ngn kitorang
konon macam kitorang bersalah gile

tapi
yang besnya
balong yang kena lecture balik!
(tula nak tunjuk baik sangat)

haha padan muka!


p/s:macam biasa entry yang tiada motif

Thursday, December 11, 2008

giga sale

mega sale datang kembali!!!
(baca gaya iklan kat tv)

sebenarnya aku tak excited sangat pon mega sale ni..
dulu2 yela..
semangat je nak gi mall2 kalau mega sale..
shopping benda yang dah ada..

ibu cakap takyah caya la sale2 ni..
sebenarnya org kedai ni naikkan harga..
den cakap ada offer..
padahal bile tambah tolak harga die sama je time tak sale..

betol jugak la cakap ibu tu..
sbb aku ada tengok baju radioactive yang harga tak munasabah..
tapi konon sale gile..
jadila harga yang munasabah..
padahal memang standard baju tu harga macam tu..
hey promoter!ingat aku tak tau la taktik kau yang murahan tu!
(tapi sebenarnya beli jugak)

tula walaupun dah tau camtu..
tapi suke gak beli time sale..
maybe tak semua barang yg dibuat camtu..
lagipon syok shopping bile tengok ada flyers2 merah kat atas rak baju tu tunjuk sale up to 70%
tak 70%..1% pon jadila..

macam ni..



macam tak ikhlas je nak bagi sale


haha dahla tules seriusly cheaper!
yee memang cheapest la!

tapi skarang ni aku dah bosan sikit pegi shopping mall ni..
(maybe lepas kes gelang patah klcc?fobia mungkin?tataula..)
sebab aku lagi suka pegi tempat2 mcm zoo ke..(sebab tula diajak 3x kot)
air terjun ke..laut2 ke..akuaria ke..gallery petronas ke..

ada apa dengan shopping mall?

bazir duit je!

wah!padahal sok nak kuar pegi one world..(one utama)

Monday, December 8, 2008

raya haji lain sikit



SELAMAT HARI RAYA HAJI SUME ORANG ISLAM!


raya haji kali ni agak lain
sebab aku n adik beradik celebrate kat kl je..
tak pernah lagi rasanya celebrate kat kl..
sbb selalunya mesti balek kampung wat korban
bosan tol
takda rasa suasana raya pon..

tapi seb baik nasi impit n rendang susu kegemaran tetap ada
n nenek pon ada kat umah
tolong menghangatkan suasana raya

buat ibu n ayah kat Mekah
semoga mendapat haji yang mabrur!
selamat hari raya haji!
(memang bosan raya tanpa diorg)

yok semayang raya yok!


Sunday, December 7, 2008

suka jauh benci dekat

apa yang bila kita tak suka dia datang?bila kita suka dia jauh?

sebenarnya ni bukan teka teki teka tekuk ular mati dlm mangkuk..

aku rasa ni situation yang common..
aku rasa soalan yg lebih tepat sebenarnya..

kenapa bila kita tak suka dia datang..tapi bila kita suka dia jauh..

paham ke apa aku try nak sampaikan ni..

mesti korang pernah dengar org cakap..
"weh baik kau jgn benci sgt..nanti itu la yg kau suka"
haa kan?penah kan?
(sebenarnya aku penah nasihatkan ni kat kwn aku)

benda ni memang dh jadi kat aku..
ok aku list kan ape yg aku suka sangat pastu skang dah jadi satu benda yg aku kena avoid lak..ces!

---------------------------------------------------------------------------------------------

1.kucing
-yup..aku memang suka kucing..dari kecik lagi byk kucing yg aku dah bela.kire kucing dah jadi family aku la..pelengkap rumah tangga..(tetiba)
peluk,cium,angkat,tido sekatil,baring sbelah2,borak2(wpon aku tau sebenarnya aku ckp sorg2..tak payah la igt aku lonely plak) dah memang biasa aku buat kat diorang ni..n diorg pon suka aku bt cmtu..eceh cam tau je..
tapi lately..aku dah tak boleh nak buat camtu!aku dah tak ble nak angkat2 diorg,main2 ngn diorg,cium2,peluk2..sebab nanti aku mesti akan bersin yang tak sudah2..aku dah alergi sepi ngn bulu diorg..waa geramnya!!



makan time



2.telur
-ni pon aku bengang..dulu almost everyday aku asik makan telur je..kalau kat umah makan je aku mesti goreng telur mata kerbau yg kuning cair tak pecah lagi tu(uuu sedapnya)..makan tu ngn nasi je pon dah cukup..emm lagi aku selalu wt scramble egg pastu makan ngn roti taruk sos cili..mmg feveret r ptg2..time tu aku risau gak pasal kolestrol..ye r..telor kan byk kolestrol..kerap lak tu aku makan..tapi tak lama pastu..aku discover yg aku takleh makan telur..efek if aku mkn telur..kulit aku kena gatal2 yang ada gelembung2 air tu..so now bila aku mkn nasi lemak or pape yg ada telur,aku cepat2 ofer orang telur aku sbb aku takut tak dapat tahan godaan telur terbiar je depan mata..aish!

3.sambal belacan
-sambal belacan memang aku suka sbb penyedap makanan..tak lengkap rasa kalau takda sambal belacan kalau makan..lagipon aku memang suka pedass..tapi skang sebab aku dah selalu bersin2..sambal belacan aku kena la avoid..(tapi yang ni aku tak avoid pon actually..nak bersin pon bersin la..asalkan aku makan sedap..)


inila contoh2 yang aku teroverdosed suka..tapi skng kena mkn ubat lak kalu amik sikit pon..

--------------------------------------------------------------------------------------------

now ni benda yg aku tak suka tapi sukaaa sgt datang kat aku..isk

1.cicak
-benda ni jgn cakap ar..die pnh ada kat dalam toiletries aku,kat towel aku (dahla aku tgh pakai towel tu pegi toilet..kire ada cicak la kat badan aku sepanjang2 dari bilik ke toilet tu!eiiii),lagi kat baju aku yg tergantung..aku tataula kenapa cicak suka dtg kat aku..tolong jwb cicakman 2..and cicak suka bertandang kat bilik aku..hmm roomate aku pon ckp.."die tau kau tak suke die ain..tu dia dtg..cuba kau wt bodo je.."tapi tak bole r wat bodo..

2.katak
-katak penah ada dalam locker makanan aku time kat sekolah dulu..gila bapak aku terkejut beruk..bukak2 loker tgk2 ada katak tgh mengadap aku sambil ckp.."hello!"..hehe *hiperbola*
sape ntah ckp.."ko kena cium katak tu...mana tau jadi frog prince"..erk..kalau jadi..kalau tak jadi cmna?sia2 je..(memang takkan jadi la)
lagi satu kalau aku lalu kat padang on the way aku nak gi cafe kt kolej aku (selalunya malam),mesti ada je katak yg datang melintas..pastu apa lagi..menjerit2 la..
bak kata anum.."btolla ain..kalau aku lalu dgn kau je,mesti ada katak.."



gile geli.ni katak ke ayam tandoori


3.lipas
lipas ni aku kureng sket gelinya banding ngn menatang2 kat atas..so die kurang menonjol sket dlm diari hidup ku cewah..tapi sebab still ada dalam kategori benda yg tak disukai,die still ada sebagai watak tambahan..lipas ni penah bertandang kat atas katil aku..elok2 je aku nak baring,tetiba ada lipas besoor kat katil tgh jalan2..eii..pastu nampak aku yg terkejut die pon terkejut sekali,die terus terbang ke anum!haha..aku pon cepat2 amek spray gi sembur anum..haha kesian anum kena sembur shieldtox ngn aku..


ni la contoh2 benda yang aku tak suka..tapi sebok je nak dekat2..
jangan ingat aku seorang yg tak pembersih plak eh bila menatang2 ni suka datang kat aku..
sebanarnya sbb yang aku cakap tula..
bila kita suka die jauh..tapi bila tak suka die dekat..

---------------------------------------------------------------------------------------------

so kesimpulannya di sini..
jangan over suka and jangan over tak suka..
moderate2 suda~~

Wednesday, November 19, 2008

sutun

haritu aku mengidam sotong...

tapi sejak dua hari before..

pagi petang siang malam..

aku asik dihidangkan dengan sotong masak tepung je...

tapi aku tak pernah muak dengan kau sotong..

gorengan sotong yg digolekkan bersama tepung mmg sangat nyam(ain pinjam ayat) kalau kat umah..

bukan mcm sotong tepung yg selalu ada kat kedai2 tomyam tu..

sotong kat kedai tu harap tepung je tebal 2 inci..

sotongnya kena korek dulu baru jumpa..

tu pon besar dadu je sotongnye..

gile r kedekut org2 kedai ni..

SEKARANG AKU DAH PUAS MAKAN SOTONG..

Wednesday, November 12, 2008

...Me as AIN...






my name is ain for short..farahaina for long...
farahaina bt borhanuddin untuk more long..
adela few org tanya..knapa ain dpd farahaina..
senang jela jawapannya..
kan ada ain tu kat farahaina...farah'ain'a..
ade juga org yang silap paham ngn nama aku..
jadi farah ain...

tak ramai yang panggil aku dgn panggilan farah atau aina..
buat aku rasa jengkel pon ada..(padahal nama sendre)..
kalau kat sekolah dulu(stj),
seingat aku yang panggil aku farah
adalah cikgu kimia iaitu cikgu gee..
[hai cikgu..(kalau baca)]..

aina plak skarang ni pon ada org panggil
iaitu masa klas muzik..
sebabnya sama kelas ngn si patiyot(adek)
yang bernama farah gak..
org2 kat situ dah pnggil dia farah..
so my name takleh panggil farah gak
sbb nanti dua2 pandang..so panggil la aina..
kenapa tak ain?
sbb tmpat muzik tu org2 cina..
so cam aneh sikit bile org cina sebut ain..
cam diorg ngaji lak hehe..
budak2 gamelan pon panggil aku ngn nama aina
sbb dah ramai sgt ain kt situ...

full name farahaina lak ada gak yg panggil...
eventho empat suku kata..
kire pjg r nak sebut..
kalau contoh ada cicak kat siling yang nak jatuh..
tak sempat sound..
baru "farahai.."cicak dah jatuh atas kepala..
kalau ain je..
"ain!ada cicak.."haa at least sempat kuar perkataan cicak before cicak tu jatuh kan..
sempat la aku nak mengelak..
orang yg tergolong dlm kumpulan yg memanggil aku
dgn panggilan yang panjang ni adalah
kawan2 sekolah rendah aku..
ye r..kecik2 dulu tak terpikir la kot nak pendekkan nama..
sebab sebok main mak2 atau masak2 atau kawin2 (gatal) atau doctor2 atau pramugari2 je..
haha aku pon tak paham lagi kenapa sume perkataan tu nak di doubled kan..

selain tu..nama yg paling jarang digunakan sbb pelik atau susah nak sebut adalah---xerein..
hehe ni nama dorm aku kat skola dulu and selalu digunakan oleh akak2 senior je...
mekasih la akak dorm sbb bagi nama yang unik lagi pelik..

sebenarnya ada lagi..
tapi tak perlu la nak cite..
buang karan je..

pe lagi ar...
takleh gitau info diri byk2 sgt
sbb takut nanti papehal ada kata2
yang menyinggung parasaan org2 besar
pastu kena tahanan isa lak..isa as in I.S.A..
so kena keep low je..(yo yo oo je)

okay tu je for now..

nah...
gamba ni sebagai hadiah tuk pembaca2..
kereta yang sangat grOovy..