Showing posts with label apa kes?. Show all posts
Showing posts with label apa kes?. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

koc pink selamat kah tidak?

haritu aku telah dating berdua dengan kemal.kemal ajak aku pergi jalan tar.nak beli kain katanya.kitorang decide nak naik komuter instead of kereta since tak payah susah2 nak carik parking plus duit parking yang dapat dijimatkan plus tak payah merempuh jam plus aku pon dah lama tak merasa naik komuter or lrt or yg seangkatan dengannya sejak aku berkereta..so aku gerak from ktm maluri and kemal from ktm bangi

di ktm maluri setelah komuter sampai aku dengan jakun cepat2 beratur dekat tempat koc pink atau koc wanita akan berhenti. yelah selama ni tengok dalam paper or berita je pasal koc wanita ni.bila dah ada depan mata nak jugak tau apa rasanya naik komuter bersama para wanita sahaja.mana tau boleh ngorat satu dua ke (-_-")


tiba-tiba aku rasa malaysia ni sangat comel buat corak macam ni dekat keretapi


ok dah masuk..penuh jugak.and pandang kiri kanan cari ada kelibat si jantan ke tak.so memang takda.cari kelibat si jantan menyorok di sebalik kelembutan-waja
h ayu-tangan patah-ketiak,bulu kaki shave-bulu mata lentik-makeup taknak kalah-rambut pakai jari pon boleh-dada kalah wanita lain juga tidak dijumpai.ok sah2 ni memang untuk wanita sejati sahaja.


dah terang2 ada sticker ni pon ada yang tak nampak lagi


tapi bila sampai next station iaitu segambut, tiba2 ada dua orang lelaki indon yang tidak tahu malu sebok2 nak masuk koc merah jambu ni.aku dalam hati apahal laki ni.macamlah tak boleh masuk gerobok gerabak lain.fine biar je lah.sampai dekat dengan next station iaitu ktm putra dengan tidak semena-mena........

berlaku satu kekecohan betul2 dekat depan pintu komuter tu or to be exact dekat tempat jantan dua ekor tu berdiri.aku tak nampak apa walaupun aku dekat je sebab ramai sangat orang lagi2 orang depan aku ni auntie cina tinggi.yelah aku kan pendek kan.

walaupun aku tak berapa nampak apa yang berlaku tapi aku dengar la ada auntie ni cakap

"hey apa ni.awak nak apa.jangan lah tarik kaki saya..soksesokseksokseksoksek"

lebih kurang macam tu lah jugak selama beberapa minit.bila dah stop dekat stesen putra je dua orang lelaki indon tu terus berusaha lebih keras melakukan apa yang sedang dilakukan dan terus melarikan diri.

auntie cina tadi macam terpinga-pinga dan sambil menyeluk poket nya dia mengeluh dalam bahasa cina.dan terus membebel dalam bahasa cina.of course la aku tak paham kan.tulah dulu belajar bahasa mandarin main2.sekarang dah tak tau gossip hot.

melalui orang lain yang bertanya pada auntie tu aku tau la yang dia dah kena pick pocket tapi di dalam sedar.siap dipaksa lagi.tapi aku tak puas hati.nak jugak kepoci aku tanya auntie cina tinggi depan aku yang menjadi penghalang utama aku mengetahui cerita panaassssszzz..

si curious : auntie duit dia kena curik ke
si tinggi : ya la.solang talik kaki solang amek duit dalam poket loo
si curious : wah sampai tarik kaki
si tinggi : iya loo
si curious : kurang ajar betul

yess puas hati dah tau cerita.hohoho merry krismas!

tapi kurang ajar ok.dahla indon.datang negara orang buat crime.lepastu kat negara dia sebok nak bakar bendera kita siap baling tahi la apa la.tuduh kita malingsia lagi. *maling means pencuri if im not mistaken*. hoi tak sedar diri!kau datang sini mencuri duit orang tu apa?fvbiuvbiuiuc.emo..tak sedar ramai orang dia kat sini cari duit.kalau secara halal takpe gak.ni secara haram.fhgseurghcnwi.emo..pergi balik negara kau la weyyhh...fdjvunienmd.emo lagi.perasan tak setiap kali emo mesti start dgn huruf 'f'.kenapa eh?maybe sbb nama aku start huruf f..ahh lupakan.

semoga auntie cina tu tak terkeliru yang mencuri itu bukan melayu tetapi indon.

next station sampai la tempat aku nak turun;bank negara.kata nak pergi jalan tar kan..so kena la turun situ.kebetulan kat situ ada pulak cam pondok kawalan polis.aku mula-mula confuse nak cerita ke tak pasal kes dalam train tadi.sebab bukan jadi kat aku pon.biarlah auntie cina tu sendiri yang buat report kan.tapi disebabkan rasa kemasyarakatan yang menebal dalam diri ecehhh aku pon buat jugakla report.setakat cerita apa yang terjadi je.

sebenarnya aku nak tekankan patutnya kena la ada orang yang jaga dekat pintu masuk koc wanita ni supaya hanya yang betul-betuuullll wanita berkualiti saja yang dibenarkan masuk.macam kes tadi.mentang-mentangla semua wanita kan, berani la diorang nak mencuri.wanita kan makhluk yang lemah gemalai giteewwww (-__-)
lain la kalau ada antara ramai2 tu belajar silat cekak ke hanafi ke karate-do ke taekwando ke wusyu ke ong bak ke taichi ke dan seterusnya.tapi kalau ye pon belajar belum tentu berani nak lawan kot.lelaki ni tenaga dia kan lain macam sikit.lain la kalau kita minum tongkat ali.mungkin boleh ada kuasa tenaga macam lelaki jugak.

so disebabkan semua perempuan saja dalam koc pink ni, lelaki-lelaki jahat kurang ajar di luar sana dengan senang akan ambil kesempatan.lain la kalau ada lelaki lain dalam tu..maybe mana2 lelaki yang nak tunjuk hero macam remy ishak bolehlah buktikan kejantanan masing-masing time2 macam ni.

on the way balik tu aku macam biasa naik koc wanita lagi.alang-alang aku wanita.gunakan la kemudahan yang ada sebaik mungkin.lalu dekat stesen putra aku perasan eeh ada abang pakai uniform biru la jaga kat pintu masuk koc pink ni.aku dalam hati,waahh dah ada polis jaga.bagosnyaa..ini mesti sebab aku komen awal-awal tadi.hehehe.dalam hati bangga la jugak (^-^) *battling eyelashes*.at least i did something for the sake of everyone's safety..

hopefully the same thing will not gonna happen again.walaupun aku tak berapa nampak hanya dengar kekecohan yang berlaku sambil terjengkit2 celah2 orang nak tengok apa yang berlaku, tapi aku dah cuak gila kot lepas tu.meremang bulu roma den.terus kepit handbeg rapat2 sambil mata memerhatikan kejahatan orang sekeliling..

kepada semua yang rasa anda wanita.sila la ye.sila berhati2 semasa menaiki keretapi tak kira keretapi apa.komuter ke lrt ke putra ke.lebih berhati2 jika anda berada betul2 dekat tiang depan pintu automatic tu.sebab kes kat atas tu berlaku kat situ la.rasional nya sebab senang je nanti pencuri tu nak lari bila sampai ke next station.lagi2 kalau bawak beg.perempuan biasala aksesori wajib kot beg tu.pencuri ni kalau nak ragut beg tu, bila dah sampai kat stesen, diorang ragut je cepat2 then lari keluar.ha apa susah.ceh macam berpengalaman pulak.

ok.panjang dah hgupa-hgupanya...

till then.adiossss~

Tuesday, February 2, 2010

i asked myself




knock knock knock

anybody home??


Saturday, October 10, 2009

senjata nuklear

TEHRAN: Iran akan "meletupkan jantung" Israel jika diserang negara Yahudi itu dan Amerika Syarikat, pembantu pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei dipetik sebagai berkata.

“Biar pun satu peluru berpandu Amerika atau Israel mengenai tanah air kami, peluru berpandu Iran akan meletupkan jantung Israel sebelum debunya hilang," lapor agensi berita kebangasan Irna yang memetik Timbalan Wakil Khamenei ke Pengawal Revolusi, Mojtaba Zolnour, sebagai berkata.

Pegawai sudah beberapa kali menyatakan Tehran akan melakukan serangan balas hebat jika Israel dan AS menyerang negara itu.

AS dan sekutunya di rantau itu tidak menolak pilihan ketenteraan untuk menghentikan aktiviti nuklear Iran yang didakwa Barat untuk menghasilkan senjata nuklear.

Iran sebelum ini menengaskan program nuklearnya adalah untuk tujuan aman.

-beritaharian-

padahal US,russia,china,france,uk pon ada nuclear weapon.israel pon ntah2 ada.bila iran bt nuclear nak kecoh lak..bom kan je terus us n israel ni..pigidamabok!

Thursday, September 17, 2009

student uia syahid di Palestine


Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.

Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”

Sepanjang belajar di UIA Ubaida sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid. Beliau baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestine. Beliau dibawa ke hospital dan koma selama 19 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang sangat aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Ubaida pernah menjadi salah seorang pimpinan kelab ini. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.

Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini . Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepada Masjidil Aqsa yang mereka perjuangkan.

Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.

Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.

Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.

Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.

Semoga roh Ubaida ditempatkan bersama roh para syuhada

Gambar As-syaheed Ubaida ditangisi ibu dan keluarga. Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala.Semoga rohnya ditempatkan Allah bersama roh para syuhada.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.


sumber ehsan dari madam martinelli's blog


aku tak kenal dia.tapi aku kagum dengan semangat dia. *sedey*



Tuesday, July 7, 2009

si ratu hati

setuju dengan ladynoe

tak patut betul budak tuh

note : merajuk dengan mak sendre memang tak guna.ingat tu

Sunday, July 5, 2009

kotoran degil

haritu aku balek kampung

basuh pinggan

mana yang kotoran melekat susah nak buang aku basuh dengan bersungguh sungguh

lepastu tetiba ada makcik datang

cakap dekat aku

"ala ni kat kampung ain.takyah basuh beriya sangat"

"hah?oh"

dalam hati pelik jugak

kenapa kalau dekat kampung takyah basuh bersih2 sangat pulak?

Thursday, December 18, 2008

di soal siasat

harini macam biasa aku amik n hantar adik2 aku pegi tuisyen

lebih kurang pukul 7.30pm aku dah sampai kat tempat wan tuisyen

aku tengok wan tengah tunggu aku bertemankan seorang pemuda
bila aku sampai pemuda tu menuju ke kereta aku

aku pikir kawan wan yang nak tumpang naik kereta sekali

tapi tetiba dia buat sign kat aku suruh turunkan tingkap
aku pon turunkan tingkap..

pemuda:awak ni kakak dia ke?

aku:haah

pemuda:saya polis (sambil tunjuk kad kuning yang ada tulisan2 kecik yang aku tak nampak pon macam kad or badge polis macam selama ni aku tengok kat tv)

aku:haa?(terkejut beruk)
wan buat ape??

pemuda:dia buat apa kat sini?
(time ni aku dah pikir wan buat ape?die tak pegi tuisyen ke sbnarnya?die tak pegi tuisyen buat ape?dadah ke sampai polis tahan?)ish paleotak aku nih!

time ni kereta kat belakang dah hon2

aku:tuisyen.kenapa??

pemuda:ok.

perbualan yang pelik berakhir kat situ je.

dia bla naik motor




aku terpinga2



dalam kereta...

aku:wan,wan buat ape?

wan:ntah.mana ada wan buat pape

aku:habes tu polis tu kenapa?

wan:ntah die tanya ada tak wan letak surat pinjaman ape ntah kat kereta

aku:surat pinjaman kereta?surat pinjaman kereta apa?

wan:ntahla!wan pon taktau

aku bengang dengan jawapan wan yang asik entah aku suruh die cerita dari awal sampai akhir


macam ni..


pemuda:saya polis (sambil tunjuk kad yang ada gamba die kat wan..kad lain plak kot)
nak tengok ic..

wan:tak bawakla

pemuda:tak bawak?awak nak masuk balai?boleh kena tahan tau tak kalau tak bawak ic.
awak buat apa kat sini?

wan:tuisyen

pemuda:dari mana?

wan:kepong

pemuda:tunggu siapa?

wan:kakak

pemuda:kakak dari mana?

wan:kepong

pemuda:berapa no ic awak saya nak cek

wan:(bagitau no ic)

pemuda:(telefon sapa ntah sambil bagitau no ic wan)

pemuda:awak ada letak surat pinjaman (ape ntah tak sure) kat kereta ke?

wan:ha?surat pinjaman apa?

pemuda:(tak jawab)

wan:takda

pemuda:(cakap lagi dalam telefon)


time ni aku dah datang..



sebenarnya aku tak puas hati
kenapa tetiba dia boleh datang kat adik aku tetiba tanya macam adik aku buat salah

bak kata nenek aku
"dia tu buta ke?tak nampak ke dia ni budak"

ye maybe gaya adik aku tu bukan macam gaya orang yang baik sangat
lagi2 sejak die buat rambut gaya emo la ape la
bak kata nenek lagi
"style preng preng preng" (sambil buat gaya org main gitar)
hahaha aku gelak gile nenek buat macam tu.lawak r nenek ko ni mal...

tapi walaupon gaya macam tu
perlulah kau nak main tuduh2 je
tetiba soal siasat macam nak tahan
tanya wan sorang je pulak tu
lagipon kalau ye pon wan buat salah takkan la die nak duduk melangut je kat situ
baik die lari ke ( lepas buat salah)


dahla takde gaya polis langsung
macam mat rempit pon ada!

actually do any of u have any idea about apa yang jadi sebenarnya?
maksud aku..betol ke tak dia polis from gaya2 dia?
ape maksud dia letak surat pinjaman kat kereta?
bahaya ke wan bagi no ic tu?


aku risau sebab lepas ni wan nak tuisyen kat situ lagi
mana la tau ada sindiket pape ke

tapi kalau betol polis takpelah

so sesapa..lighten me up plz!