Showing posts with label ke'malang'an. Show all posts
Showing posts with label ke'malang'an. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

koc pink selamat kah tidak?

haritu aku telah dating berdua dengan kemal.kemal ajak aku pergi jalan tar.nak beli kain katanya.kitorang decide nak naik komuter instead of kereta since tak payah susah2 nak carik parking plus duit parking yang dapat dijimatkan plus tak payah merempuh jam plus aku pon dah lama tak merasa naik komuter or lrt or yg seangkatan dengannya sejak aku berkereta..so aku gerak from ktm maluri and kemal from ktm bangi

di ktm maluri setelah komuter sampai aku dengan jakun cepat2 beratur dekat tempat koc pink atau koc wanita akan berhenti. yelah selama ni tengok dalam paper or berita je pasal koc wanita ni.bila dah ada depan mata nak jugak tau apa rasanya naik komuter bersama para wanita sahaja.mana tau boleh ngorat satu dua ke (-_-")


tiba-tiba aku rasa malaysia ni sangat comel buat corak macam ni dekat keretapi


ok dah masuk..penuh jugak.and pandang kiri kanan cari ada kelibat si jantan ke tak.so memang takda.cari kelibat si jantan menyorok di sebalik kelembutan-waja
h ayu-tangan patah-ketiak,bulu kaki shave-bulu mata lentik-makeup taknak kalah-rambut pakai jari pon boleh-dada kalah wanita lain juga tidak dijumpai.ok sah2 ni memang untuk wanita sejati sahaja.


dah terang2 ada sticker ni pon ada yang tak nampak lagi


tapi bila sampai next station iaitu segambut, tiba2 ada dua orang lelaki indon yang tidak tahu malu sebok2 nak masuk koc merah jambu ni.aku dalam hati apahal laki ni.macamlah tak boleh masuk gerobok gerabak lain.fine biar je lah.sampai dekat dengan next station iaitu ktm putra dengan tidak semena-mena........

berlaku satu kekecohan betul2 dekat depan pintu komuter tu or to be exact dekat tempat jantan dua ekor tu berdiri.aku tak nampak apa walaupun aku dekat je sebab ramai sangat orang lagi2 orang depan aku ni auntie cina tinggi.yelah aku kan pendek kan.

walaupun aku tak berapa nampak apa yang berlaku tapi aku dengar la ada auntie ni cakap

"hey apa ni.awak nak apa.jangan lah tarik kaki saya..soksesokseksokseksoksek"

lebih kurang macam tu lah jugak selama beberapa minit.bila dah stop dekat stesen putra je dua orang lelaki indon tu terus berusaha lebih keras melakukan apa yang sedang dilakukan dan terus melarikan diri.

auntie cina tadi macam terpinga-pinga dan sambil menyeluk poket nya dia mengeluh dalam bahasa cina.dan terus membebel dalam bahasa cina.of course la aku tak paham kan.tulah dulu belajar bahasa mandarin main2.sekarang dah tak tau gossip hot.

melalui orang lain yang bertanya pada auntie tu aku tau la yang dia dah kena pick pocket tapi di dalam sedar.siap dipaksa lagi.tapi aku tak puas hati.nak jugak kepoci aku tanya auntie cina tinggi depan aku yang menjadi penghalang utama aku mengetahui cerita panaassssszzz..

si curious : auntie duit dia kena curik ke
si tinggi : ya la.solang talik kaki solang amek duit dalam poket loo
si curious : wah sampai tarik kaki
si tinggi : iya loo
si curious : kurang ajar betul

yess puas hati dah tau cerita.hohoho merry krismas!

tapi kurang ajar ok.dahla indon.datang negara orang buat crime.lepastu kat negara dia sebok nak bakar bendera kita siap baling tahi la apa la.tuduh kita malingsia lagi. *maling means pencuri if im not mistaken*. hoi tak sedar diri!kau datang sini mencuri duit orang tu apa?fvbiuvbiuiuc.emo..tak sedar ramai orang dia kat sini cari duit.kalau secara halal takpe gak.ni secara haram.fhgseurghcnwi.emo..pergi balik negara kau la weyyhh...fdjvunienmd.emo lagi.perasan tak setiap kali emo mesti start dgn huruf 'f'.kenapa eh?maybe sbb nama aku start huruf f..ahh lupakan.

semoga auntie cina tu tak terkeliru yang mencuri itu bukan melayu tetapi indon.

next station sampai la tempat aku nak turun;bank negara.kata nak pergi jalan tar kan..so kena la turun situ.kebetulan kat situ ada pulak cam pondok kawalan polis.aku mula-mula confuse nak cerita ke tak pasal kes dalam train tadi.sebab bukan jadi kat aku pon.biarlah auntie cina tu sendiri yang buat report kan.tapi disebabkan rasa kemasyarakatan yang menebal dalam diri ecehhh aku pon buat jugakla report.setakat cerita apa yang terjadi je.

sebenarnya aku nak tekankan patutnya kena la ada orang yang jaga dekat pintu masuk koc wanita ni supaya hanya yang betul-betuuullll wanita berkualiti saja yang dibenarkan masuk.macam kes tadi.mentang-mentangla semua wanita kan, berani la diorang nak mencuri.wanita kan makhluk yang lemah gemalai giteewwww (-__-)
lain la kalau ada antara ramai2 tu belajar silat cekak ke hanafi ke karate-do ke taekwando ke wusyu ke ong bak ke taichi ke dan seterusnya.tapi kalau ye pon belajar belum tentu berani nak lawan kot.lelaki ni tenaga dia kan lain macam sikit.lain la kalau kita minum tongkat ali.mungkin boleh ada kuasa tenaga macam lelaki jugak.

so disebabkan semua perempuan saja dalam koc pink ni, lelaki-lelaki jahat kurang ajar di luar sana dengan senang akan ambil kesempatan.lain la kalau ada lelaki lain dalam tu..maybe mana2 lelaki yang nak tunjuk hero macam remy ishak bolehlah buktikan kejantanan masing-masing time2 macam ni.

on the way balik tu aku macam biasa naik koc wanita lagi.alang-alang aku wanita.gunakan la kemudahan yang ada sebaik mungkin.lalu dekat stesen putra aku perasan eeh ada abang pakai uniform biru la jaga kat pintu masuk koc pink ni.aku dalam hati,waahh dah ada polis jaga.bagosnyaa..ini mesti sebab aku komen awal-awal tadi.hehehe.dalam hati bangga la jugak (^-^) *battling eyelashes*.at least i did something for the sake of everyone's safety..

hopefully the same thing will not gonna happen again.walaupun aku tak berapa nampak hanya dengar kekecohan yang berlaku sambil terjengkit2 celah2 orang nak tengok apa yang berlaku, tapi aku dah cuak gila kot lepas tu.meremang bulu roma den.terus kepit handbeg rapat2 sambil mata memerhatikan kejahatan orang sekeliling..

kepada semua yang rasa anda wanita.sila la ye.sila berhati2 semasa menaiki keretapi tak kira keretapi apa.komuter ke lrt ke putra ke.lebih berhati2 jika anda berada betul2 dekat tiang depan pintu automatic tu.sebab kes kat atas tu berlaku kat situ la.rasional nya sebab senang je nanti pencuri tu nak lari bila sampai ke next station.lagi2 kalau bawak beg.perempuan biasala aksesori wajib kot beg tu.pencuri ni kalau nak ragut beg tu, bila dah sampai kat stesen, diorang ragut je cepat2 then lari keluar.ha apa susah.ceh macam berpengalaman pulak.

ok.panjang dah hgupa-hgupanya...

till then.adiossss~

Saturday, September 5, 2009

duit! duit! kemana kau duit!

aku selalu bernasib malang pasal duit.

selalu kena keluar duit yang takkan datangkan faedah utk aku

baru2 ni kena denda pulangkan buku lambat kat library sampi RM9

haritu kena denda hilangkan kunci (bukan hilang sebenarnya.jatuh dlm toilet bowl!) sampai RM45!

denda salah parking tempat staff tak igt berapa.RM30 kot.ke 25

kereta kena clamp.aku pusing2 ayat sikit.dapat la RM15 dpd 50

dan lain2 denda lagi yang tak perlu dinyatakan.

bukan denda2 je yang merugikan aku..

yang kes gelang patah kat KLCC sampai RM50.itupon ok.dpd RM198

pegi NYSS juz nak try free facial.sekali dia ayat2 aku bagi gak RM100

ni yang aku teringat sekarang

aku tau ada lagi selain nih

eihh bengongnya!

kalau add up semua duit2 yang aku dah bayar tu mau sampi RM300 agaknya

patutnya dah bole dapat satu henfon cikai,satu sony mp3,kamera olympus,beberapa helai baju n seluar,bags,kasuts,beauty products,makanan kucing utk beberapa bulan,alat2 tulis berjenama mahal seperti pen jetstream,jam fossil yang lagi canggih,buku2 bes berhard-cover,perhiasan dalaman bilik yang stylo2,makan kat sakae sushi sehingga muntah,makan cake2 sedap di cafe2 mahal,perbelanjaan harian di u selama 2 bulan,isi minyak kereta sampai full 3-4 kali,stok coklat di bilik selama satu sem,upgrade spec aku ke yang lebih menawan,and the list goes on.

aih~

Monday, April 27, 2009

mah suri ram ram ram

malam jumaat lepas aku pegi layan teater mahsuri bersama family dan kazen dan rakan2 adek..


gambar blurry sebab yang amek gamba adalah wan


pengeluar wang ringgit kesayangan



ok..if i were to rate,overall aku nak bagi rating 5 over 10 je..
tu pon kira ok sebab aku bagi markah simpati kat azizah mahzan sebab dia ter over excited huhu..


dia berada di kanan yg paling hujung..memang dia yg paling excited pada waktu itu jadi perlu bagi markah lebih @ simpati


vanida imran masih terbawa-bawa watak mahsuri dengan tersipu2 sopan santun



aku rasa kurang mantap teater ni sebab pelbagai sebab
even orang sebelah aku asek tengok jam dan mendongak2 kepala (tanda malas nk tengok dah)..aku juga terpasang telinga dan terdengar dia cakap boring..

dahla waktu dah habes aku ingat tengah break..
masa dia announce dah habes ramai yang terpinga2..
bukanla tergantung ke apa..
mahsuri sempat la menunjukkan kesucian diri dengan bukti darah putih terkeluar dari bahu (bahu pulak tu!) even darah putih tu tak obvious sangat..(patut buat la memancut mancut macam dalam cerita kill bill huhu)
tapi sepatutnya ada scene lagi yang patut diteaterkan oleh fauziah nawi
teknikal problem pon salah satu faktor aku bagi rating kedekut
ada part2 yang tak dengar pon apa diorang cakap..

tapi itulah teater..
bukan macam drama kat tv yang boleh cut banyak kali kalau tak puas hati
tapi aku just expect more daripada apa yang aku tengok

by the way..teater tu habes je awal (10.30)..tapi kitorang tetap sampai rumah lambat (around 1.30-2.00 camtu tak silap aku)

memang biasa after teater je parents aku akan singgah pasar malam chow kit (sebab memang akan lalu) tuk beli sayur2an yang segar bugar..



tak payah carik dalam gambar maknyah2 buat promotion di sini.ini bukan tempatnya



selalunya sekejap je..tapi kali ni berejam rejam jadinya..

sebab kereta tetiba takde batery..

aish kat sini jugakla kereta nak buat hal takda bateri
masa kat istana budaya tadi taknak pulak!
kalau bateri kereta boleh cas macam bateri henfon takpe gak

aku suruh jumpstart je tapi takkan nak jumpstart ngn orang2 kat chowkit ni..
takut je pape jadi kang lagi parah pulak
so tunggu jela kereta sendre from rumah
itula yang lama menunggu tu..

lihat aku dan mamal sebelum kejadian dan selepas kejadian


sebelum..
masih gembira walau takde apa sangat nak digembirakan



mamal sedang buat aksi "call me!"



okla..aku tunjuk gambar yang retarded jugak





selepas...
tudung pon dah kemana




minah indon jual bakso pon tak macam ni




bila kereta dah start aku masih blur sampai masih mengipas walau dah ada air-cond

kalau tak memang macam dalam sauna keta tuh

Wednesday, February 4, 2009

lipas kereta

entry ni aku buat lepas baca blog tim..
kisah lipas..

kitorang baru pas dinner kat sakura
bile nak balek..
aku tengok dalam kereta aku kat polistrin makanan anum ada lipas

lepas tu bermula la adegan2 hide n seek antara kami ngn lipas tu kat dalam kereta
aku carik belah sini,dia muncul belah sana
jah la harapan kami waktu tu sebab die sorang je yg tak takut lipas
tim,anum n aku mmg penggeli lipas
lebih2 lagi tim n anum


kenapa annoying sgt gamba lipas ni jadi rockstar



yang pakgad kat restoran sakura tu pulak tgk je dari jauh
nak datang tapi macam taknak datang
apadaa
at least tanyela.."dik nak pakcik jadi cicakman tolong mkn kan lipas tu?"

sebab dah dekat nak pukul 12,kitorang pon terpaksa la dgn redha nya naik je keta bersama si lipas yang tengah meronggeng2 kesukaan di celah2 kereta sebab berjaya menyorok..
aku drive dgn keadaan lampu terbukak n tingkap pon terbukak luas walaupon psang akon..
kitorang bajet lipas tu akan silau lalu keluar melalui tingkap

heh tak..

sebenarnya nak bagi nampak lipas kot2 die kuar time aku drive..

paling lawak
aku drive memula memang tak fokus
asik pandang belakang je
sekali anum "ain!pandang depan!"
rupa2 nya aku almost langgar tiang
yang tim lak
dia ingat ada lipas kat depan
menggelabah gila..
tak penah aku tgk tim mcm tu
lepastu aku terus fokus walaupon aku bayangkan mcm2 seperti ada lipas di kaki lalu menanggalkan sandal..
aku tak bgtau takut yang lain gelabah pastu aku pon gelabah pastu kereta pon gelabah..
pastu phm2 la apa akan jadi..

hampeh la lipas ni
keluar dari kereta aku sekarang!!

Tuesday, November 18, 2008

weekend malangku

ok aku nak rewind masa...

rewind...

rewiiiinnd...

ok stop...


cite ni terjadi pada 10/10/08..



you are heroes! kata PM

ya kat malaysia kita juga ada hero kita yg tersendiri..
mereka mungkin tak sehero batman atau suparman atau spiderman atau action kamen..
tapi sbb dia malaysian pertama yang ke angkasa lepas..
maka dikira hero negara la..

tapi sebenarnya bukan benda ni yang aku nak ceritakan..

aku nak cerita pasal satu drama yg terjadi kat klcc bertarikh 10/10/08 bersamaan juga dgn hari angkasawan Malaysia pertama kali ke ISS tetapi setahun selepas itu dan ia bukanlah hari yg boleh dibanggakan seperti S.M.S bangga dpt jadi 1st angkasawan msia..

Kalau nak cite dari awal kenapa pegi klcc sume panjang..so cite ni dipendekkan jela…


Forward sampai time nak balik dah…


Ok before balek naik lrt singgah dulu kat kedai chamelon iaitu sebuah kedai aksesori tambahan..

Misi : membeli penyepit rambut tuk gantikan penyepit yang mamal patahkan..


Setelah membelek2 dan puas hati dengan penyepit lalu bayar di cashier..

Setelah bayar di cashier lalu tunggu anum (tgh shopping lagi dlm kedai tu) di bhg luar kedai chamelon itu…


Kat luar kedai tu ada display aksesori2 yg bergemerlapgelapan..

salah satu dpd mereka iaitu sebuah gelang bertatahkan berlian berwarna ungu spt memanggil2 namaku utk mencubanya..

Aku pon terpedaya dgn kilauan ungu berlian tu..


Kenapa ayat mcm karangan pulak..


Lalu ambik utk try cuba test..(baju pon kaler ungu..konon nak match)

Tgh syok matchingkan ngn baju..

Ingatkan jenis gelang yang boleh besar kecikkan tu..lalu aku cuba tuk kecikkan ikut saiz tangan..

Dengan tetiba…



Paaakk!



Gelang patah dua dgn berlian ungu tercabut 2 bji dan bertaburan di atas lantai….

(gelang tu adela mcm 10 biji diamond)


Wo ooo…kamu ketahuan..patahkan gelang..


Time tu aku cam tgk keliling ada org nampak tak..skali ada pekerja die kat situ..alaaa!!spoil2!!

Ambik blk gelang kt atas lantai tu sambil tgk harga…


Rm198!!(sambil mata terkebil2 ala biar betul ni)


Ya mmg bukan rm500 atau rm5000..nak patahkan gelang mcm tu pegi habib la!

Tapi still..rm198??

(tulaa tym menerai bukan nak tgk harga)

Rm198 tu aku dh boleh dpt satu set..

Baju,suar,beg..eh yeke?

Ye..ye

Tapi rm198 tuk satu gelang plastic yg senang patah bertatahkan berlian ungu yang ringan lagi palsu…

Sangat x worth it langsung..

Time tu aku dah cuak tahap apa…

Org kedai tu ckp kena bayar..tpi aku ckp takda duit sebanyak tu..pastu die suh gune credit card..(cepat je ko eh suh aku gune credit card segala)


In the mean time..


Fad memula ada ngn aku time tu..den die gi kat anum yg tgh bayar kat cashier..

“ain ada problem ain ada problem”

“…………………………”(penerangan oleh fad kpd anum)

Pastu anum n fad dtg tolong aku deal ngn org tu..

Berlian dua bijik yg tercabut tu satu dah jumpe..

Lagi satu tym tgh carik2 tu…tetiba ada sorg auntie ni (customer kedai tu gak) jumpa..die bagi la diamond tu..sambil bertanya..


“ni kenapa ni?”

Kitorg pon explain la…

Then auntie tu ckp kat org kedai tu..

“you cannot charge her becos takda tules once broken consider sold…”

“I know la becos im a lawyer”..(penambahan kat ‘la’)


Time tu aku cam…

Waaaa ada lawyer dtg tolong aku!!

You’re my hero!!!

(kini hero aku bukan lagi angkasawan malaysia..tapi ini lawyer..)


Then diorg argue2..

Fad n anum pon byk tolong..

Aku je yg mcm terkedu kat situ…

Nak cite ape yg di argue pjg sgt..

Tapi kesimpulannya…last2 aku bayar rm50 out of rm198..kire ¼ la dpd harga sebenar..


Fuh! Kire orait le dpd rm198..

Kalau tak almost rm200 melayang sia-sia..

Memang seb baek gile ar tetibe ada lawyer lak dtg tolong aku..

Memang savior of the day ar..

Memang padan ar muka org kedai tu sbb kalah!

(terlalu gembira sampai byk sgt memang)


Rupa2nye auntie lawyer tu dtg tolong sbb time fad cite prob aku kat anum kt cashier, lawyer tu ada kat sebelah anum tgh bayar gak..kira dia pasang telinga ar..padanla time aku tgh deal ngn org kedai tu aku perasan ada sorg auntie asik mundar mandir je kat tempat aku sambil tgk2 aku..rupenya die dah tau cite..



Tapi yg aku paling tak puas hati..harga gelang tu..

Even lawyer tu pon terkejut harga gelang tu rm198..dahla senang patah..diamond senang tercabut..gam pon x kuat.dahtu diamond ringan lak tu..bukannye real pon..

Xda langsung ciri2 gelang rm198..

Seriously!!(benda ni tak guna ckp dgn sorg budak tu)

Gelang tu aku rasa dia beli x sampai rm50 pon!!

Gelang kanak2 yg adik aku selalu beli kat stall2 kecik je!!

(dah jadi mode geram tetiba)


Dahla before tu aku berlagak ngn anum n fad..aku ckp..

“yeay harini takda beli pape”

(Sbb selalunya even aku tak plan nk beli pape or temankan kwn beli barang,aku msti beli sumtin gak)

Tapi akibat dpd kebelagakkan aku itu,maka terhasil la kejadian ini…(gelang patah) yang menyebabkan aku mengeluarkan duit rm50 for nothing!!


So lessons of the story..

1)kalau kuar memana mesti beli sumtin tuk mengelakkan dpd keluar duit for nothing cam tadi..

2)tangan jangan gatal2 nak pegang barang..ushar dari jauh cukup..lagi2 jari mentega cam aku nih..(butterfingers,can I join your group please?)

3)kalau x puas hati jugak x dpt pegang,boleh pegang tapi kalau patah ke pecah ke peluang tuk lawyer muncul secara tetiba adalah mungkin setakat 30% je..atau mungkin 5% je..ikut luck..

4)kalau takda lawyer pon, cakap je sape suro tak tules once broken consider sold..kan aku dah patah/pecah/rosakkan…


Haa...semoga berjaya!



p/s: ada satu time tu lawyer tu tanya..dari u mana ni?kitorang jawabla uia..pastu die ckp..ooo typical uia…


Typical uia??

Apakah maksud anda auntie lawyer?

Typical ke bdk uia mematahkan gelang?


ok entry ni memang pjg sbb nak cite lagi satu hari yg malang pada weekend tu..


esoknya..aku pegi the curve ngn membe...

tapi sbb otak je ada dlm kepala tapi pikiran jauh melayang..

time drive nak balek umah tu..

aku almost/dah terlanggar sebuah keta mazda sport..

yg siap ada badge kat plat number (kira org besar la tu kot)

dan siap passenger seat adalah omputih..

keta tu ke tepi..

tapi aku dgn selamba..

lalu je sebelah keta tu,jenguk sket org dlm tu..pastu terus je jln..

kwn aku pon cam tak sure kena ke tak keta die..

aku pon tatau nak ckp kena ke tak sbb mmg dah dekat gile..

tapi tak rasa or dengar bunyi berlanggar pon..

seb baek sempat break mengejut je..

n yang pasti seb baek hujan..

kalau tak mesti org dlm keta tu terus kuar keta..

tpi sbb hujan keta tu just ketepi n maybe pkir 2x tuk kuar cek..

dahla tym tu jam..

aku sangat mengharap keta cpt gerak..

kalau tak habes kena kejar..aku buat aksi dlm cite tokyo drift plak..

kalau kena bayar tu aku tatau la kena kuar bape ribu plak..

cukupla aku dah kuar rm50 semalamnya..

haish~~mmg weekend yg suwey tuk aku...