Sunday, June 28, 2009

iklan jap



cam menarik ar benda alah nih..jom pakat pi ramai2
klik kat sini tuk kalendar acara
atau klik saja di sini tuk laman sesawangnya



short shem dah habes!

short sem haritu memang banyak masa free..tapi masa awal2 jela..
sampai kau nak pegi toilet pon kau akan melangkah dengan penuh longlai untuk mengisi masa lapang..
kau juga sampai sanggup beli daun terup dan bermain judey setiap masa dan ketika.tim dah siap boleh jadi mak judey ok. (kau tu merujuk kepada aku)
oleh sebab kebosanan yang tak berkesudahan,haritu awal sem kitorang bercadang memenuhkan masa lapang dengan aktiviti lebih berfaedah lagi menyeronokkan lagi mengenyangkan lagi membuncitkan eheh iaitu..babi..wait for it,wait for it.. q!heh bbq sebenarnya..(ala2 barney dalam how i met ur mother.sape yang tengok paham.tak tengok sudah)


sehari suntuk gak r preparation nak buat bbq nih.berkampung kat rumah anum memasak apa2 yang patut dulu..
malas nak citer panjang..kasik can gambar bercerita lak..


mengisi daging ke dlm potato lebih mengasyikkan dpd mengambil gambar nampaknya







sebenarnya muka masing2 kalau perah dapat la gak satu botol besar minyak


makan time!


ok tuan2 dan puan2.let me introduce u d drOoling food


ayam dan kambing hasil peraman enak chef anum
duh..tgk balek pon dh drooling~


baked potato berinti minced meat bersama kuah spageti lazat berbumbungkan keju buatan chef ainaziz


hah ni coleslow.menjadi pujaan ramai.chef tim masak.cepat tanya dia resipi sekarang!


ni hotdog hasil bakaran chef semua orang


heh dessert aku le.rich choc puding.aku rasa kurang manis tapi bdk2 ni kata ok.nampak sangat aku ni kuat manis

dan lain2 lagi makanan..

acara penutup..marshmallow bakar!memang yummy!


last but not least,the organizer..hehe


burp Alhamdulillah!


sebenarnya ikut plan nk buat kat sungai sendat.tapi kitorang syak sungai tu sendat takut tak muat jadi kitorang buat je kat uia..(sebenarnya sebab tgh musim hujan)



Sunday, June 7, 2009

semua tak kena

aku nak basuh baju
tapi taknak basuh kat rumah baru
jadi aku balek rumah lama semata mata nak basuh baju kat situ
(sebelum tu adala berlawan cakap sikit dgn ibu..ye aku bukan anak yg baik sangat)
bila sampai aku masuk baju dalam mesin dah taruk sabun semua
tengok2 mesin basuh rosak!
tak boleh guna!
aku call ria tanya before ni mesin basuh oke ke tak
dia cakap ok je
damn!
kenapa masa aku nak guna yang tak boleh?
dahla baju dah penuh dgn sabun dan air
dalam hati..itula akibat melawan cakap ibu
merajuk dgn ibu sendiri memang tak guna
sebab diri sendiri yang akan rugi!
takkan aku nak balek rumah baru balek?
takkan aku nak call ibu tanya macam mana nak basuh baju ni mesin basuh rumah lama rosak?
damn!
ada satu benda dalam badan bernama ego yang menghalang


tapi aku perasan mood aku memang tak berapa nak baik lately
dengan semua orang dan benda aku nak bengang
kawan,family,internet yg macam bodo,bilik,shower,ym
even small matter
bila mesin basuh tak boleh guna lagila aku pissed off


tapi tadi yang membuatkan aku senyum balek
bila turun bawah untuk cuba repair mesin basuh sendiri
aku perasan kat tv muka faizal tahir dalam cerita nona
and one thing yang membuatkan aku lagi teruja sampai aku berlari ke atas untuk mengambil henfon untuk call mamal adalah bila melihat jam di tangan faizal tahir adalah sama dengan jam aku..



psst,sebenarnya F.T yang belikan jam ni tuk aku time dia beli untuk diri dia sendiri.sweet kan nak jam sama..hehe

thanx faizal tahir for making my day :)


p/s:baru aku perasan.aku rasa sebenarnya aku belum ready nak berpindah.sebab tula sanggup balek rumah lama semata2 tuk basuh baju..owh i heart rumah menjalara!

Sunday, May 31, 2009

kalaulah ada doraemon aku mintak pintu yg bole pegi zaman sekolah dulu


semalam bila jumpa member2 sekolah menengah rasa rindu sangat masa zaman sekolah menengah dulu..

macam2 cerita lawak yang keluar sampai ketawa keluar air mata setan (ish2)

antaranya:
-mambang buat megi kacau pakai pen masa prep kat kelas
-kucing beranak dalam loker ipah dan katak dlm kasut ipah
-pergaduhan laki-pomp sampai tertubuh ABG (anti boys gerila) dan APO (anti perempuan organisation)..mentang2 la belajar sejarah melayu time tu
-flying2
-escaping2
-kugiran echah

dan lain2 lagi yang kalu diingat balek memang bole menangis ar gelak

cam kenal lah tempat ni


malam tadi lak aku jumpa member2 sekolah rendah pulak kitorang bercerita balek pasal zaman sekolah rendah dulu..

bila dah jumpa tu mcm biasa la tergelak2 jugak dgn kisah dolu2

antaranya:

-escape smayang asar kat sekolah agama walau brape kali dah kantoi menyorok dlm toilet
-main pop kuiz siap ada bunyi buzzer masa ust tgh ajar kat dpn pastu kena rotan
-siasat kes kematian pakcik rumah dkt ngn sekolah (gila busy body)

dan lain2

kesimpulannya benda2 bodoh yang kita buat zaman dulu bila ingat2 balek akan jadi bahan lawak yang sejati ceyy


hmm nanti bila dah kerja n kumpul balek membe2 kat u mesti akan gelak2 cmni gak..sronoknya!

Saturday, May 30, 2009

happy birthday ibu!




semalam celebrate birthday ibu..

yang bestnya..

ibu ( + ayah ) yang bagi hadiah kat kitorang

(tapi kitorang bagi jugakla hadiah kat ibu..a kiss huhu)


my all

memang aku sayang tahap gaban ar kat diorg ni

takde apa yang dapat melawan walaupon chimon (heh ofkos)




my everything


Saturday, May 23, 2009

wahwah kucing juga ada zodiac (angkat2 kening)


aku just found out yang kucing juga ada horoscope
jadi kucing2ku sekalian..jom kenali diri masing2
tapi tak perlu percaya sangat..ni for fun je..

chiko n garfil : birthday --> tanggal tiga pulo satu!bulan lapan,dua ribu enam!ye time merdeka..
(ces baru terpikir..patutnya bagi nama diorang mer sekor deka sekor)




August 24 - Septembe
r 22
"take no risks" is this cat's motto. Intelligent thinkers,
Virgo cats
will understand if their owner is out all day.
They are sensuous and
romantic, smells and textures delight them.
They will warm your heart with their thoughtful gestures.
Often shy around strangers at first, they can be enticed
easily out of hiding with a favorite toy.
Scorpio owners complement the Virgo cat's inquistive nature
Gemini owners have an independence that this cat respects
Life Ambition: to be useful








life ambition : to be useful..useful in what way eh chiko n garfil?kalau boleh goreng makan ye la useful


aku auw sebab ain ajar aku pakai tudung


chiko dalam usaha shape kan badan


now..tompok n lembut (nama memang kodi sebab byk sangat kucing chimon produce time tu jadi tak larat nak pikir nama2 bombastic very fantastic)
birthday-----> 2nd january 2007

December 22 - January 20
Unruffled and serene, Capricorn cats are rather timid
with strangers.While they crave affection,
they feel inhibited aboutdemanding it, you need to be
sensitive to their needs.
These felines are the planners of the Zodiac,
they know what they want and devise a way to get it.
Believing that ends justify means they
approach things with extra drive.
They lick noisily and snore loudly
Cancer owners provide the settled existence these cats love
Gemini owners offset the Capricorn cat's tendency to get stuck in a rut
Life Ambition: to get what they want







they lick noisily..ye memang betol di situ..


tomok eh..tompok


lembut..tapi x lembut langsung!paling kasar


4 ekor ni jela yang masih ada di rumah aku..kalau tak semuanya ada 10..
(padanla aku alergic ngn bulu diorang sekarang)


Saturday, May 16, 2009

dodol cokolat

sekarang aku hanya ada mood nak buat kek/dessert yang mudah2 seperti di bawah memandangkan kedai bahan buat kek berdekatan rumah aku dah gulung tikar..
tak tau la kenapa dah tutup.nak kata muflis ramai je orang setiap kali aku pergi..maybe mereka dah rasa cukup kaya.yang pasti ia memberi impak yang besar kepada aku cewah.susah la nak cari bahan2 buat kek ni..kena ada one stop center..



senang lagi sedap

mamal kata nak gantikan ni sebagai dodol next raya..aku sangat setuju!