Showing posts with label baking. Show all posts
Showing posts with label baking. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

ceritera cuti

walaupun cuti dah habis tapi aku nak jugak la bergebang sikit pasal cuti aku haritu.apa yang aku dah berjaya accomplish.apa yang hot2 ciken shit.cuti sebulan je pon.pejam celik pejam celik dah habis.

ni senarai wishlist aku untuk sepanjang cuti yang lepas.bosan kan.

1)basuh kereta - accomplished!

basuh hantar kedai la tapi.makcik tak larat nak basuh sendiri.dah tua.

2)servis kereta - accomplished!

first time pergi servis kereta.before ni mintak tolong orang je.dah 3rd time.so no more free labor charges..myy dah 7 bulan kereta ni aku pakai.sayang sangat bmw aku nih

comel je dia kena servis

3) buat kek & others - accomplished!

buat kek sometimes boleh membuat kan aku hilang dalam dunia aku sendiri ceyyy macam psycho je bunyi.tapi serius.kalau gaduh-gaduh ke,buat kek terus terlupa akan tekanan perasaan

puding roti + custard sos.gulp


sardine rock n roll without oil bebeh!
pssst : rupa-rupanya tips nak bagi sardin roll tak berminyak ialah sapu dengan air sebelum digoreng


dua hari berturut-turut aku buat makanan sama macam dekat stabak; puding roti & sardin roll.hmm mungkin aku dah rindu dekat makanan stabak engine yang berkepala tikus..blueeekkkk!!


spaghetti aglio olio.

petang itu semasa high-tea bersama ibu dan teha di atas meja:

ibu : ok tak rasa dia (puasa tak dapat rasa la)

aku : entah la.ada macam something yang kurang la

ibu : apa yang kurang.rasa camana

aku : maybe olive oil ni jenis yang tak sedap

teha : rasa macam tawar

ibu : taruk garam tak?

aku : Ya Allah!lupa nak taruk garaammm! (TT)


boleh tak aku lupa nak taruk garam?bahan asas paling penting..yela biasa buat kek je manada guna garam bagai.siap nak salahkan olive oil tak sedap.duhh.


coklat cake banjir
hoh terbanyak gila coating choc.
pssttt : cake ni tak pakai telur n butter tau.tapi pakai cuka.laku woo.nampak je hodoh.

disebabkan aku asik buat makanan-makanan macam ni je.ada orang dah bising.takkan nanti saya kena makan makanan macam ni je.belajar la lauk-pauk pulak.fine before habis cuti aku sempat la belajar cara-cara goreng ikan TT

4) kemas almari - hot2 ciken shit

haha ni daripada dulu aku planning,cuti je nak kemas almari.tapi bila masa, aku hanya mampu tengok je almari tu.tak sanggup nak punggah.tak,bukan sebab bersepah sangat.tapi sebab banyak sangat baju yang nak diasingkan mana yang boleh pakai lagi and mana yang tak boleh.nanti dah kibas2 baju tu confirm bersin2 non stop.tak larat lah kalau macam tu..*alasan banyak kau nih*

5) jogging @ exercise - semi-accomplished

ah ni takyah cerita pun takpela.buat malu je sebab hanya berbasikal 2x.itupon tak sampai 15minutes.dekat rumah ni simpan jela angan2 nak diet ke hapa.kat u baru boleh tukar mode diet sebab kat u takda makanan bes.kat rumah cannot resist!

6) facial muka - accomplished!
rambut - hot2 ciken shit

sebenarnya aku just nak wash rambut and blow.tapi hajat tak kesampaian.wash and blow di rumah sahaja.

7) update blog - accomplished!

yang ni setelah menangguh seberapa lama akhirnya aku berjaya jugak update satu post sepanjang cuti sebulan tu.itupun hari2 terakhir kat rumah baru la update.ah tak kisah.bukan aku blogger tegar pon nak update sepanjang masa.

8) makan sushi before december - accomplished!

yang ni aku berjaya makan.but not before december, after. aku nak makan before december sebab november haritu tengah salmon month koott!muh fevveereeet!kalau dalam cerita batu belah batu bertangkup kempunan ikan tembakul, dalam cerita ceritera cuti aku kempunan ikan salmon.mungkin kalau rumah aku dekat dengan batu caves aku dah menyorok kat situ dah sebab merajuk.tapi nasib baik ada patung emas besor gabak.taknak aku.

however, kempunan aku nak makan salmon tu akhirnya dapat dihidu oleh ayah aku agaknya.lalu dibawanya kami sekeluarga menikamti keenakan restoran jepang di tropicana golf resort sempena menyambut birthday balong..memang marveles eventho aku terasa agak loya.huahua



sushi bento set ke hape tah namanya.yang penting makanan wan paling heaven!

9) basuh kucing - accomplished!

aku ada 4 ekor kucing hasil chimon dan bapaknya lelaki jalanan maybe.semua comey2 belaka.dah lama rasanya diorang tak berendam.so kali ni kasi can main air puas2

ahh seronoknya ada tuan puteri mandikan


kurus je rupanya kau ni gafil.bulu je lebih


si lembut berlindung dalam bakul daripada dingorat si whity.baru lepas mandi nampak hot kot.whity tergoda aww.
*kesian dulu ngorat mak si chimon tak dilayan try ngorat anak pulak*

hamboi2.dah sedap mandi rilek je bersantai atas meja carom eh.ingat ni korang punya katil ke apa

sekian sampai di sini sahaja ceritera cuti hamba.hamba minta izin mengundur diri dulu untuk ke kelas.entah ada lecturer ke tak.berapa kali pergi asik takde lecturer je.kesian hamba.takda yang hendak mengajar


Monday, July 6, 2009

lazatnya lasagna

setelah sekian lama aku amek resipi
sekarang baru nak buat
lasagna tra tang tang (wah sukati bagi nama)



sesuai dihidang bersama air teh ros wangi


close up siket..



tak sampai berapa minit dah tinggal almost half


itu membuktikan apa?
hm takpelah malas nak teruskan ayat
paham2 sendre.
hehe


p/s : nak recipe?sila tekan sini



Saturday, May 16, 2009

dodol cokolat

sekarang aku hanya ada mood nak buat kek/dessert yang mudah2 seperti di bawah memandangkan kedai bahan buat kek berdekatan rumah aku dah gulung tikar..
tak tau la kenapa dah tutup.nak kata muflis ramai je orang setiap kali aku pergi..maybe mereka dah rasa cukup kaya.yang pasti ia memberi impak yang besar kepada aku cewah.susah la nak cari bahan2 buat kek ni..kena ada one stop center..



senang lagi sedap

mamal kata nak gantikan ni sebagai dodol next raya..aku sangat setuju!

Sunday, January 4, 2009

choc cheesecake with seluar flava

wiken kali ni rumah aku sekali lagi dipenuhi dengan sanak sedara yang memasing suka bikin kecoh lagi2 daniel n mira..
parents aku dah balek haji..
yuhuuu!
dah bebas!

heh sepatutnya time diorang takda la yang bebas
tapi tidak..

rupa2 nya time diorang takda LAGI susah nak buat party liar

heh party liar la sangat



tadi buat marble choc cheesecake berperisa seluar
sebenarnya dari semalam nak buat.tapi sebab aku bersin back to back maksudnya non stop maka hanya kek bantal yang mampu dibuat bak kata maksu

*kek bantal bukan macam keropok bantal yang sedap tu.tapi kek yang dibuat di atas bantal maksudnya aku tido la

sedap kan mamal?
sungguh rugi makngah n maksu n paksu balik awal

heh padahal aku yang lambat sangat nak start buat
kesian makngah..dia cakap kat mamal
"huh,mama dah balek baru nak buat"
hee sory makngah..
mamal dah tau buat tu,nanti balek rumah makngah mesti dia buat pnye

oklah..besok nak balek u
yeay!takyah balek ahad
bes sikit jadual for this sem
sebab hari2 kelas kul 11.30
so balek hari isnin pukul 11 la jawabnya

sebenarnya azam aku setiap kali masuk sem baru nak datang awal ke kelas..
tapi harapan je la~

p/s : sebab aku suka baking,aku bakal buat satu blog khas untuk baking saja


p/ss : anda tak perlu tertanya-tanya kenapa kek ini berperisa seluar

Wednesday, December 3, 2008

cupcakes

skarang cupacakes dah jadi macam trend kan..
tak kira la birthday ke kawin ke anniversary ke graduation ke..
cupcakes dah take over cake dah..



wedding cake yang tak perlu dipotong lagi


pastu dah ramai jugak yang buat cupcake juz kat umah den jual from internet..
senang kan..takyah sewa space or kedai..
contoh org yang wt bisnes camni kak nana..(promote2)
cupcake ni bukan saja sedap mata memandang..malah lazat dan menyelerakan dan juga menggemukkan..
manis memang manis..
tapi jgnla makan selalu..
kalau selalu makan muak jugak..


pergh! ini cupcake memang tempting gile nak makan sayang jadi perhiasan jela


sebab cupcake menjadi pujaan ramai orang2 zaman sekarang..
ofkos la aku juga taknak ketinggalan..
haritu aku dan konco2 ku (cewah!) iaitu mamal,teha n pika takda keja kat umah..
jadi dgn penuh perasaan buatla kek cawan ni..(eh x sedap lak klu pronounce dlm bm)
nak cari bahan2 senang je..
tapi nak cari cupcake nye...(maksud aku cawan kepada kek ni)
ya Allah! bukan main payah!
sebenarnya sbb haritu hari ahad..
byk kedai tutup..
kalau tak belakang umah pon dah ada..
boleh kata almost 3 jam kitorang round cari benda alah tu..
mcm2 lak tu jadi..
nak terlanggar tu la ni la..
skali balik umah...
rupa2nya cupcake yg dicari2 ada je kat umah!!!
teha yang jumpa..
waaa nak nanges aku..

okla..ni la hasil kitorang bermain dgn krim...



tadaa! we present to you our one n only...cute n cuddly cupcakes!eheh


ohoh..tak nampak sangat eh..

from the bird's view...(bird la sangat)


hasil dari kitorang sume yg 1st timer..not bad la kan?huhu


corak2 ni sume disumbangkan oleh kami yg kreatif.. :p
cuba teka yg mana satu aku punya..
(mestila yg paling cantik..hakhak)
jgn jadi mcm wan eh..
dia ckp..tataula mana satu paling cantik sbb suma pon tak cantik..
ces!



aku melihat hasil kreativiti dgn penuh kembang...p/s:ape benda la teha wt tuh

haha mamal!knape muka ko mcm..
haih-macam-mana-la-nak-bukak-bisnes-ni



muka tak sabar2


kalau nak amek tempahan..
sila hubungi.....
hehe ada ke tak org nak tempah camni??

tapela..bak kata kak nana..
"alaa rilek la..akak dulu awal2 camni gak.."

so just wait n see la eh akan datang punya cmne huhu


Friday, November 21, 2008

hari roti

hari2 sebelum ni sgt bosan sbb aku tak wt pape..

hari2 sebelum ni aktiviti aku yang bosan adalah tgk tv..
termasuklah wanita hari ini..(dah mcm suri rumah dah)
dan kisah benar..hahaha

tetiba pagi tadi aku dpt idea..

idea aku..nak buat roti..

tghari..pegi kedai beli bahan2 sume..

balek umah...prepare bahan2..



ye tuan2 dan puan2 inilah bahan2 roti kita pada hari ni..



dah prepare...mix all together..



ok tuan2 dan puan2..pastu kita gaul sampai puas hati ye..


tunggu beberapa minit for the doh to kembang setaman..
time ni hujan..
cikgu aku pesan time hujan tak boleh wat roti..
sebab nanti rotinya tak kembang..
tapi sebab aku dah terlanjur buat..
baik aku selesaikan terus..
malas nak tunggu hujan stop plak..

lagipon aku terpikir..
before ni sentiasa je hujan..
tapi stock roti gardenia ada je selalu..
kira diorg tak ikut pon la rules tu..
so aku pon teruskan jela..
(kire aku berani mati la ni..kalau roti tu tak jadi mmg rugi je la bhn2 aku ni)



tadaa! hello..my name is doh..you can call me play-doh


hehe seb baiklah kembang je jadinya..
so selepas diuli,dilenyek,disumbat dgn mcm2..
inilah hasil aku pada hari yg hujan ini...



ok mekasih tuan2 n puan2..sila balik


memangla tak secantik roti2 yg dijual kat kedai2 bakery berhampiran umah anda..
saya amateur memangla camni jadinya..
rasanya tetap tidak mengecewakan tau..cewah!hehe

ni adalah hasil rekaan kedua2 adik aku wan n tiha yg mesti suruh aku sparekan 2 bun tuk diorang buat ikut kreativiti sendre..
hah nah! amekla...



hasil diorang yg hahaha..okla2..kreatip2


terisi la gak hari aku harini..
at least dpt bagi family aku makan..