Showing posts with label cats. Show all posts
Showing posts with label cats. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

ceritera cuti

walaupun cuti dah habis tapi aku nak jugak la bergebang sikit pasal cuti aku haritu.apa yang aku dah berjaya accomplish.apa yang hot2 ciken shit.cuti sebulan je pon.pejam celik pejam celik dah habis.

ni senarai wishlist aku untuk sepanjang cuti yang lepas.bosan kan.

1)basuh kereta - accomplished!

basuh hantar kedai la tapi.makcik tak larat nak basuh sendiri.dah tua.

2)servis kereta - accomplished!

first time pergi servis kereta.before ni mintak tolong orang je.dah 3rd time.so no more free labor charges..myy dah 7 bulan kereta ni aku pakai.sayang sangat bmw aku nih

comel je dia kena servis

3) buat kek & others - accomplished!

buat kek sometimes boleh membuat kan aku hilang dalam dunia aku sendiri ceyyy macam psycho je bunyi.tapi serius.kalau gaduh-gaduh ke,buat kek terus terlupa akan tekanan perasaan

puding roti + custard sos.gulp


sardine rock n roll without oil bebeh!
pssst : rupa-rupanya tips nak bagi sardin roll tak berminyak ialah sapu dengan air sebelum digoreng


dua hari berturut-turut aku buat makanan sama macam dekat stabak; puding roti & sardin roll.hmm mungkin aku dah rindu dekat makanan stabak engine yang berkepala tikus..blueeekkkk!!


spaghetti aglio olio.

petang itu semasa high-tea bersama ibu dan teha di atas meja:

ibu : ok tak rasa dia (puasa tak dapat rasa la)

aku : entah la.ada macam something yang kurang la

ibu : apa yang kurang.rasa camana

aku : maybe olive oil ni jenis yang tak sedap

teha : rasa macam tawar

ibu : taruk garam tak?

aku : Ya Allah!lupa nak taruk garaammm! (TT)


boleh tak aku lupa nak taruk garam?bahan asas paling penting..yela biasa buat kek je manada guna garam bagai.siap nak salahkan olive oil tak sedap.duhh.


coklat cake banjir
hoh terbanyak gila coating choc.
pssttt : cake ni tak pakai telur n butter tau.tapi pakai cuka.laku woo.nampak je hodoh.

disebabkan aku asik buat makanan-makanan macam ni je.ada orang dah bising.takkan nanti saya kena makan makanan macam ni je.belajar la lauk-pauk pulak.fine before habis cuti aku sempat la belajar cara-cara goreng ikan TT

4) kemas almari - hot2 ciken shit

haha ni daripada dulu aku planning,cuti je nak kemas almari.tapi bila masa, aku hanya mampu tengok je almari tu.tak sanggup nak punggah.tak,bukan sebab bersepah sangat.tapi sebab banyak sangat baju yang nak diasingkan mana yang boleh pakai lagi and mana yang tak boleh.nanti dah kibas2 baju tu confirm bersin2 non stop.tak larat lah kalau macam tu..*alasan banyak kau nih*

5) jogging @ exercise - semi-accomplished

ah ni takyah cerita pun takpela.buat malu je sebab hanya berbasikal 2x.itupon tak sampai 15minutes.dekat rumah ni simpan jela angan2 nak diet ke hapa.kat u baru boleh tukar mode diet sebab kat u takda makanan bes.kat rumah cannot resist!

6) facial muka - accomplished!
rambut - hot2 ciken shit

sebenarnya aku just nak wash rambut and blow.tapi hajat tak kesampaian.wash and blow di rumah sahaja.

7) update blog - accomplished!

yang ni setelah menangguh seberapa lama akhirnya aku berjaya jugak update satu post sepanjang cuti sebulan tu.itupun hari2 terakhir kat rumah baru la update.ah tak kisah.bukan aku blogger tegar pon nak update sepanjang masa.

8) makan sushi before december - accomplished!

yang ni aku berjaya makan.but not before december, after. aku nak makan before december sebab november haritu tengah salmon month koott!muh fevveereeet!kalau dalam cerita batu belah batu bertangkup kempunan ikan tembakul, dalam cerita ceritera cuti aku kempunan ikan salmon.mungkin kalau rumah aku dekat dengan batu caves aku dah menyorok kat situ dah sebab merajuk.tapi nasib baik ada patung emas besor gabak.taknak aku.

however, kempunan aku nak makan salmon tu akhirnya dapat dihidu oleh ayah aku agaknya.lalu dibawanya kami sekeluarga menikamti keenakan restoran jepang di tropicana golf resort sempena menyambut birthday balong..memang marveles eventho aku terasa agak loya.huahua



sushi bento set ke hape tah namanya.yang penting makanan wan paling heaven!

9) basuh kucing - accomplished!

aku ada 4 ekor kucing hasil chimon dan bapaknya lelaki jalanan maybe.semua comey2 belaka.dah lama rasanya diorang tak berendam.so kali ni kasi can main air puas2

ahh seronoknya ada tuan puteri mandikan


kurus je rupanya kau ni gafil.bulu je lebih


si lembut berlindung dalam bakul daripada dingorat si whity.baru lepas mandi nampak hot kot.whity tergoda aww.
*kesian dulu ngorat mak si chimon tak dilayan try ngorat anak pulak*

hamboi2.dah sedap mandi rilek je bersantai atas meja carom eh.ingat ni korang punya katil ke apa

sekian sampai di sini sahaja ceritera cuti hamba.hamba minta izin mengundur diri dulu untuk ke kelas.entah ada lecturer ke tak.berapa kali pergi asik takde lecturer je.kesian hamba.takda yang hendak mengajar


Saturday, May 23, 2009

wahwah kucing juga ada zodiac (angkat2 kening)


aku just found out yang kucing juga ada horoscope
jadi kucing2ku sekalian..jom kenali diri masing2
tapi tak perlu percaya sangat..ni for fun je..

chiko n garfil : birthday --> tanggal tiga pulo satu!bulan lapan,dua ribu enam!ye time merdeka..
(ces baru terpikir..patutnya bagi nama diorang mer sekor deka sekor)




August 24 - Septembe
r 22
"take no risks" is this cat's motto. Intelligent thinkers,
Virgo cats
will understand if their owner is out all day.
They are sensuous and
romantic, smells and textures delight them.
They will warm your heart with their thoughtful gestures.
Often shy around strangers at first, they can be enticed
easily out of hiding with a favorite toy.
Scorpio owners complement the Virgo cat's inquistive nature
Gemini owners have an independence that this cat respects
Life Ambition: to be useful








life ambition : to be useful..useful in what way eh chiko n garfil?kalau boleh goreng makan ye la useful


aku auw sebab ain ajar aku pakai tudung


chiko dalam usaha shape kan badan


now..tompok n lembut (nama memang kodi sebab byk sangat kucing chimon produce time tu jadi tak larat nak pikir nama2 bombastic very fantastic)
birthday-----> 2nd january 2007

December 22 - January 20
Unruffled and serene, Capricorn cats are rather timid
with strangers.While they crave affection,
they feel inhibited aboutdemanding it, you need to be
sensitive to their needs.
These felines are the planners of the Zodiac,
they know what they want and devise a way to get it.
Believing that ends justify means they
approach things with extra drive.
They lick noisily and snore loudly
Cancer owners provide the settled existence these cats love
Gemini owners offset the Capricorn cat's tendency to get stuck in a rut
Life Ambition: to get what they want







they lick noisily..ye memang betol di situ..


tomok eh..tompok


lembut..tapi x lembut langsung!paling kasar


4 ekor ni jela yang masih ada di rumah aku..kalau tak semuanya ada 10..
(padanla aku alergic ngn bulu diorang sekarang)


Saturday, January 24, 2009

my preciousss


aku dah lama nak buat post pasal dia ni
tapi asik tertangguh je

dulu masa tahun bila ntah aku tak ingat
aku balik rumah tengok2 ada seekor persian cat yang comel gileee main2 kat rumah aku

aku pelik dari mana kucing ni datang
rupa2 nya balong yang beli kucing ni kat melaka

nama dia CHIMON

dia ni gile nye comel macam monyet

bengong
samakan chimon dengan monyet
tak tak
dia ni gile nye comel macam aku
hakhak
lagi tak boley bla
ok2
dia ni gile nye comel macam chimon
(aku buat perumpamaan comel macam diri dia sendiri sebab dia tak bleh nak compare ngn kecomelan yang lain)

aktif gile
yela sebab kitten lagi


"buat2 tidola supaya ain tak kacau"


masa ni dia kecik je lagi

bila dia dah besar dia berubah menjadi seekor kucing yang lebat dan kembang bulunya lalu menjadi seorang yang sombong dan berlagak lagi garang

heh

tapi takpe
kau tetap comel




"tak payah tgk aku lama2.aku tau aku vogue"


"tapi dalam masa yang sama tetap kena control ayu"


"buat2 tido lagi supaya tak dikacau oleh ain"


"sexy kan aku tido"

aku selalu sangka chimon kucing yg unik sebab mampu buat aksi begini

"aku dimasukkan ke kelas gimnastik oleh ain"


chimon seperti orang suka tido berbantal

"ini port feveret aku"


walaupon kucing yg vogue,chimon tetap seekor ibu yg mithali.

masa anak2 nya disunatkan,chimon setia menunggu di luar kandang

"jgn sangka aku vogue aku tak bertanggungjawab ok"



"kenapa aku comel sangat?"



chimon ni walaupun bajet kucing kelas atasan

dia tak pernah memilih darjat dalam berkasih

buktinya

bila kucing persian sebelah rumah (whity) nak ngorat dia

dia tak layan

pandang sebelah mata pon tak

padahal kucing tu macam dia jugak bulu kembang dan lebat

tapi bila nampak kucing jalanan kelas bawahan atau lebih dikenali sebagai ketua samseng kampung yang bulunye compang camping je

dia mula menggolek2 dan menggeser2 kan badan di atas jalan menunjukkan kemiangan

(gila gatal chimon nih)

baru aku sedar

chimon tak main laki2 pengecut macam whity (memang penakut pon whity nih)

dia nak yang otai2 je

bagi dia jantan mcm tu boleh protect dia dari sebarang ancaman dan ngoratan jantan lain

yela..

kucing hawt!

anak chimon + kucing jalanan

"aku tetap mak yang anggun walaupon beranak 6"


tapi sekarang chimon dah pergi tak kembali

masa tu teha call aku dari umah (aku masa tu kat u)

dia cakap chimon hilang

aku tak percaya sebab teha selalu ckp mcm tu padahal ada je.saja nak takut2 kan aku

hujung minggu tu bila aku balek rumah

aku cari2 chimon

tapi takde

tanya ria (maid)

"ria mana chimon?"

"chimon?dia hilang..kak ain tak tau ke?"(sambil buat muka serba salah)

"hilang?betol ke?"

"haah..dah seminggu"

time ni aku dah tak tahan dah

(TT)

menangis teresak2 la jwbnye (isk malu)

aku selalu membayangkan ape jadi kalau chimon hilang

sekali memang btol2 hilang

aku hope die dicuri org dpd dia jadi arwah

at least kalau org amik bela dia..dia masih hidup

aku igt memory last (ceyy) aku dgn chimon

masa tu wan angkat die (serius aku tak berani nak angkat dia kalau dia tgh duduk sebab dia akan buat bunyi marah.dia memang kucing yg garang.tapi aku berani angkat dia kalau dari tangan org lain)

tapi sebab masa tu wan pon baru je angkat die

dia tak kasik aku amek chimon dari dia

masa tu aku dah lambat nak balik u jadi aku takda masa nak tunggu wan jadi aku balik je u..

itulah last aku jumpa chimon

waa! (tetiba nak menangis cey takdelah)

aku rasa aku dah ter drag cerita pasal chimon ni

banyak lagi kalau ikutkan

tapi takpelah

takut basah pulak keyboard hakhak

chimon,i just want u to know..kau takkan ade pengganti

(macam saiko je ayat)