Thursday, December 16, 2010

ceritera cuti

walaupun cuti dah habis tapi aku nak jugak la bergebang sikit pasal cuti aku haritu.apa yang aku dah berjaya accomplish.apa yang hot2 ciken shit.cuti sebulan je pon.pejam celik pejam celik dah habis.

ni senarai wishlist aku untuk sepanjang cuti yang lepas.bosan kan.

1)basuh kereta - accomplished!

basuh hantar kedai la tapi.makcik tak larat nak basuh sendiri.dah tua.

2)servis kereta - accomplished!

first time pergi servis kereta.before ni mintak tolong orang je.dah 3rd time.so no more free labor charges..myy dah 7 bulan kereta ni aku pakai.sayang sangat bmw aku nih

comel je dia kena servis

3) buat kek & others - accomplished!

buat kek sometimes boleh membuat kan aku hilang dalam dunia aku sendiri ceyyy macam psycho je bunyi.tapi serius.kalau gaduh-gaduh ke,buat kek terus terlupa akan tekanan perasaan

puding roti + custard sos.gulp


sardine rock n roll without oil bebeh!
pssst : rupa-rupanya tips nak bagi sardin roll tak berminyak ialah sapu dengan air sebelum digoreng


dua hari berturut-turut aku buat makanan sama macam dekat stabak; puding roti & sardin roll.hmm mungkin aku dah rindu dekat makanan stabak engine yang berkepala tikus..blueeekkkk!!


spaghetti aglio olio.

petang itu semasa high-tea bersama ibu dan teha di atas meja:

ibu : ok tak rasa dia (puasa tak dapat rasa la)

aku : entah la.ada macam something yang kurang la

ibu : apa yang kurang.rasa camana

aku : maybe olive oil ni jenis yang tak sedap

teha : rasa macam tawar

ibu : taruk garam tak?

aku : Ya Allah!lupa nak taruk garaammm! (TT)


boleh tak aku lupa nak taruk garam?bahan asas paling penting..yela biasa buat kek je manada guna garam bagai.siap nak salahkan olive oil tak sedap.duhh.


coklat cake banjir
hoh terbanyak gila coating choc.
pssttt : cake ni tak pakai telur n butter tau.tapi pakai cuka.laku woo.nampak je hodoh.

disebabkan aku asik buat makanan-makanan macam ni je.ada orang dah bising.takkan nanti saya kena makan makanan macam ni je.belajar la lauk-pauk pulak.fine before habis cuti aku sempat la belajar cara-cara goreng ikan TT

4) kemas almari - hot2 ciken shit

haha ni daripada dulu aku planning,cuti je nak kemas almari.tapi bila masa, aku hanya mampu tengok je almari tu.tak sanggup nak punggah.tak,bukan sebab bersepah sangat.tapi sebab banyak sangat baju yang nak diasingkan mana yang boleh pakai lagi and mana yang tak boleh.nanti dah kibas2 baju tu confirm bersin2 non stop.tak larat lah kalau macam tu..*alasan banyak kau nih*

5) jogging @ exercise - semi-accomplished

ah ni takyah cerita pun takpela.buat malu je sebab hanya berbasikal 2x.itupon tak sampai 15minutes.dekat rumah ni simpan jela angan2 nak diet ke hapa.kat u baru boleh tukar mode diet sebab kat u takda makanan bes.kat rumah cannot resist!

6) facial muka - accomplished!
rambut - hot2 ciken shit

sebenarnya aku just nak wash rambut and blow.tapi hajat tak kesampaian.wash and blow di rumah sahaja.

7) update blog - accomplished!

yang ni setelah menangguh seberapa lama akhirnya aku berjaya jugak update satu post sepanjang cuti sebulan tu.itupun hari2 terakhir kat rumah baru la update.ah tak kisah.bukan aku blogger tegar pon nak update sepanjang masa.

8) makan sushi before december - accomplished!

yang ni aku berjaya makan.but not before december, after. aku nak makan before december sebab november haritu tengah salmon month koott!muh fevveereeet!kalau dalam cerita batu belah batu bertangkup kempunan ikan tembakul, dalam cerita ceritera cuti aku kempunan ikan salmon.mungkin kalau rumah aku dekat dengan batu caves aku dah menyorok kat situ dah sebab merajuk.tapi nasib baik ada patung emas besor gabak.taknak aku.

however, kempunan aku nak makan salmon tu akhirnya dapat dihidu oleh ayah aku agaknya.lalu dibawanya kami sekeluarga menikamti keenakan restoran jepang di tropicana golf resort sempena menyambut birthday balong..memang marveles eventho aku terasa agak loya.huahua



sushi bento set ke hape tah namanya.yang penting makanan wan paling heaven!

9) basuh kucing - accomplished!

aku ada 4 ekor kucing hasil chimon dan bapaknya lelaki jalanan maybe.semua comey2 belaka.dah lama rasanya diorang tak berendam.so kali ni kasi can main air puas2

ahh seronoknya ada tuan puteri mandikan


kurus je rupanya kau ni gafil.bulu je lebih


si lembut berlindung dalam bakul daripada dingorat si whity.baru lepas mandi nampak hot kot.whity tergoda aww.
*kesian dulu ngorat mak si chimon tak dilayan try ngorat anak pulak*

hamboi2.dah sedap mandi rilek je bersantai atas meja carom eh.ingat ni korang punya katil ke apa

sekian sampai di sini sahaja ceritera cuti hamba.hamba minta izin mengundur diri dulu untuk ke kelas.entah ada lecturer ke tak.berapa kali pergi asik takde lecturer je.kesian hamba.takda yang hendak mengajar


2 comments:

sayda dino said...

hahahahahah kenapa kau tak letak muka lembut yg menyeringai keluar lidah tu hahahahahahahahaha

ain si penggemar belacan said...

haha itu memang akan diupload.tungguuu