bosan taktau nak buat ape aku bukak satu label baru untuk blog aku iaitu jalan jalan topup perut.. ala-ala jalan jalan cari makan tapi takda pengiktiraan atau plak yang boleh diberi kepada restoran/gerai/warung yang bakal terpilih cuma dapat penghargaan dari perutku
one fine day..kemal ajak aku makan kat Seoul Garden..dia kata situ bes lagi2 dapat masak sendre depan mata. so pada hari tersebut aku memang dah siap sparekan space kat bahagian perut (maksudnya tak makan dari pagi) supaya boleh menikmati sepenuhnya kesedapan yang diuar-uarkan kemal
bila sampai baru tersedar yang rupa2nya kitorang tersilap hari sebab kalau time weekend tak dapat student price..aish diskriminasi betul kat hari sabtu n ahad
rupa2nya lagi restoran ni macam kat Sabak..ada satu tempat makan ni kat tmn melati.. same concept..bbq n steamboat.tapi kat sini more to korean dishes la.steamboatnya ada variety choices of soup contohnya yang kitorang makan kimchi wasabi (tak silap aku la itu nama nya)..ayam n daging yang di marinate pon macam2 jenis contohnya ayam teriyaki (boyz).
lihat gambar rajah di bawah:
"i wonder if you know,how to live in tokyo"- ayam2 teriyaki (boyz) tersebut sambil terbakar sambil menyanyi
bukan pengguna chopstix yang tegar
nak jadi the next maria tunku sabri plz
kemal + ain + seoul garden = full tahap gaban
yang penting sape2 nak datang sini perlu pastikan perut kohsong dan memang pemakan yang banyak seperti kami berdua agar tidak rugi wang ringgit yang dilaburkan untuk perut anda
oh ye seoul garden yang kitorang pergi ni terletak di OU n yang penting ada halal certificate
rating meter : [||||||||_]
*fuh almost full bar*
p/s: untuk org yang berkenaan, ni ha layang-layang land kemal
aku benci naik komuter dahla lambat gilee nak sampai asik delaayy je janji 11 tapi pukul 11.45 baru sampai dahla lambat sampai lembab lak tu gerak pastu ramai gilee orang dah macam tin sardin eh tak..dh macam nasi himpit dah mampat gilee sebab himpit menghimpit ni la henfon yang aku baru pakai tak sampai 24 jam kena cilok (ada org seluk tangan dalam beg aku) siol gile so aku memang fobia sikit naik komuter ramai2 org nih
bila la komuter kat malaysia ni nak tukar dengan keretapi macam ni
korea's KTX
china's CRH2
japan's shinkansen
france's TGV (kaler dah macam komuter sikit.tinggal design depan jadi muncung je)
tapi aku bersyukur la gak.. at least komuter taklah seteruk ini
ini masih boleh dikira fun masa naik.macam rollercoaster sikit.sikit je
yang diri kat tepi2 tu konfirm jln senget2 bila dah sampai
ini dah macam keretapi sampah aku tgk
aku berhasrat nak save salah satu gambar keretapi di india ni dalam henfon supaya aku boleh tengok masa aku berhimpit2 dalam komuter (kalau ada space) agar aku sedar bahawa di sana lebih sadis keadaanya
*tapi tengok diorang macam seronok je*
p/s:credit to farah ahmad for the info..kena lak pada masanya
tahukah anda sebenarnya kita tidak perlu korek telinga? (tiba2 dah jadi rancangan pendidikan tv 1)
(kalau sape ada baca paper hari ahad lepas tu taula..so senyap2 jela.biar aku nak cite balik)
sebenarnya korek telinga ni ada risiko dia baru jadi kat member aku minggu before cuti hari tu
dia korek telinga pastu tak tau la camne maybe syok sangat tetiba dia cakap telinga dia pekak sebelah
ha ni la risiko nye.. (tak tau la dah baik ke belum telinga dia tu sebab before cuti haritu tak baik lagi)
konon2 niat nak korek telinga supaya tak pekak dengan cara membuang ear wax a.k.a lilin telinga a.k.a ear shit a.k.a tahi telinga (banyaknye nick name taik telinga ni eh) sekali jadi makin pekak pulak
tapi normal la kan korek telinga pakai cotton bud tu ada yang pakai jarum lagi (or lain2 benda tajam) tak paham aku yg pakai benda2 merbahaya tu tak takut ke tercucuk gegendang telinga
sebenarnya aku pernah terpikir gak kalau korek pakai cotton bud ni macam lagi menolak tahi tu ke hujung je.. pernah tak tengok iklan kat tv yang dia gambarkan tahi tu sebagai manusia kat dalam telinga pastu ada cotton bud besar datang nak keluar kan manusia tu (tahi la sebenarnya) tapi instead keluarkan,manusia tu lagi tertolak ke dalam.. macam tu jugaklah tahi yg sebenar aku rasa (berkesan la iklan tu buat aku ingat je sebab dia guna manusia sebagai tahi tu hmpeh tol n buat aku nak beli produk yang dia sageskan tu.kan aku cakap aku mudah terpengaruh dengan produk2 di pasaran.aish)
tapi normal la bila kita tau ada tahi di anggota badan takkan taknak buang kan so kalau tak korek telinga takkan nak biar ear wax tu menimbun pulak kan tak tak manusia kan diciptakan sebaik2 kejadian sebenarnye telinga kita dah datang in package sebagai subwoofer dan penyapu (wah pandai je la aku) telinga kita ada rerambut halus yang di programkan untuk menjadi penyapu dengan menyapu keluar ear wax ni
sebenarnya amount ear wax yg di produce oleh telinga sikit je tapi yang menjadikannya banyak sebab kita kacau penyapu tu nak buat kerja dia.. so dia tak dapat sapu dengan tenang lalu menjadi pemalas lalu membiarkan saje penggantinya (cotton bud) membuat kerja dengan tidak efisyen (menolak tahi ke dalam instead ke luar)
susah2 aku bagi link sekali pasal aritcle ni ayat lebih saintifik dan lebih lengkap aku guna ayat sendre je maybe kurang paham huhu nah..risiko korek telinga dan juga link seorang mangsa yang dah insaf
tapi aku still tak dapat bayangkanla kehidupan tanpa mengorek telinga macam tak kena je kadang2 takpe kot jangan selalu sampai setiap hari
wah siap ada buku cara2 korek telinga weh!
*i guess the author is dummier than the dummies reading*
malam jumaat lepas aku pegi layan teater mahsuri bersama family dan kazen dan rakan2 adek..
gambar blurry sebab yang amek gamba adalah wan
pengeluar wang ringgit kesayangan
ok..if i were to rate,overall aku nak bagi rating 5 over 10 je.. tu pon kira ok sebab aku bagi markah simpati kat azizah mahzan sebab dia ter over excited huhu..
dia berada di kanan yg paling hujung..memang dia yg paling excited pada waktu itu jadi perlu bagi markah lebih @ simpati
vanida imran masih terbawa-bawa watak mahsuri dengan tersipu2 sopan santun
aku rasa kurang mantap teater ni sebab pelbagai sebab even orang sebelah aku asek tengok jam dan mendongak2 kepala (tanda malas nk tengok dah)..aku juga terpasang telinga dan terdengar dia cakap boring..
dahla waktu dah habes aku ingat tengah break.. masa dia announce dah habes ramai yang terpinga2.. bukanla tergantung ke apa.. mahsuri sempat la menunjukkan kesucian diri dengan bukti darah putih terkeluar dari bahu (bahu pulak tu!) even darah putih tu tak obvious sangat..(patut buat la memancut mancut macam dalam cerita kill bill huhu) tapi sepatutnya ada scene lagi yang patut diteaterkan oleh fauziah nawi teknikal problem pon salah satu faktor aku bagi rating kedekut ada part2 yang tak dengar pon apa diorang cakap..
tapi itulah teater.. bukan macam drama kat tv yang boleh cut banyak kali kalau tak puas hati tapi aku just expect more daripada apa yang aku tengok
by the way..teater tu habes je awal (10.30)..tapi kitorang tetap sampai rumah lambat (around 1.30-2.00 camtu tak silap aku)
memang biasa after teater je parents aku akan singgah pasar malam chow kit (sebab memang akan lalu) tuk beli sayur2an yang segar bugar..
tak payah carik dalam gambar maknyah2 buat promotion di sini.ini bukan tempatnya
selalunya sekejap je..tapi kali ni berejam rejam jadinya..
sebab kereta tetiba takde batery..
aish kat sini jugakla kereta nak buat hal takda bateri masa kat istana budaya tadi taknak pulak! kalau bateri kereta boleh cas macam bateri henfon takpe gak
aku suruh jumpstart je tapi takkan nak jumpstart ngn orang2 kat chowkit ni.. takut je pape jadi kang lagi parah pulak so tunggu jela kereta sendre from rumah itula yang lama menunggu tu..
lihat aku dan mamal sebelum kejadian dan selepas kejadian
sebelum.. masih gembira walau takde apa sangat nak digembirakan
mamal sedang buat aksi "call me!"
okla..aku tunjuk gambar yang retarded jugak
selepas... tudung pon dah kemana
minah indon jual bakso pon tak macam ni
bila kereta dah start aku masih blur sampai masih mengipas walau dah ada air-cond
aku tau dah lapuk..tapi sebab baru dpt update blog jadi nak tules gak pasal dia nih biarpon agaknya sekarang rambut dia dah panjang balik sikit sebanyak setengah inci..
ai ai ain! (hensem kan?kan?kan?)
ya aku memang peminat faizal tahi eh silap tahir..
satu2nya artis laki malaysia yg aku minat sebanyak 95%..selain zizan nin (70%) dan hans isaac (85%) mereka masih tidak mampu melawan rasa tertarik aku terhadap joni dep sebanyak 100% dan juga orlando bloom sebanyak 200%
tengok nih..
pergh!
haish cayer aku dengan renungan matanya yang tajam lagi menggoda dan menusuk kalbu lalu menikam jiwa raga rasa gelora..
heh geli je..
sory aku ter carry perasaan syok sendre aku di sini..
sebenarnya nak cerita pasal faizal tahi eh silap tahir berambut pendek je.. tapi sebab taknak rasa bersalah pada orlando bloom (takut dia kecik ati aku tak mention nama n letak gamba dia) maka terpaksala dgn rela hati selit2 sikit cerita pasal dia..
ok.back tu faizal tahi eh tahir..eh dahla tuh..kesian bapak dia.ok2 aku dah lama minat faizal tahir ni sebenarnya..
since dia masuk oiam lagi. tapi aku tak vote lah.. takda keja aku nk vote ohoho!baru aku tau! agaknya sebab aku tak vote la dia tak menang.. kalau tak mesti juara terhebat mengalahkan suki juara ter'lame' hmm sorry pejal (reka sendre nama timangan).. kalau tau jadi camni memang aku vote sebanyak satu sms (masih lagi kedekut)
papepon suara dia memang bes kalah anuar zain (aku tak rasa suara anuar zain hebat pon just vokal dia tinggi.ceh pandai lak aku nak mengomen)
sekarang ni aku nk selalu lepak rasta sebab aku dapat tau dia selalu lepak sana.. mana tau jumpa,dia ajak aku berduet ke.. :)
so nak update dengan cara sharing is caring..*bak kata afuan*
List these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog.
* Tell 7 unspectacular quirks of yours.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Link the person who tagged you.
* Leave a comment for each blogger.
Share 7 facts about yourself on your blog.
#org kata aku blur..kesian gak la org sekeliling aku kena explain byk2 kali kekadang..kekadang bila aku tak paham aku buat2 phm sebab nanti org bengang aku asik ha?cane cane?..takpon bile org buat lawak,kalau tak paham aku buat2 gelak (sebab konon xnk ketinggalan mengetawakan lawak tu) tapi lambat sikit bile dah phm ngn lawak tu aku akan gelak sungguh2.pastu org2 kat situ akan kata..”nampak sgt kau buat2 gelak kan tadi”
#budak hingusan..kalau dah start bersin pasti akan bersin lagi non stop selang setengah saat..memang susah nak berhenti..selalu terjadi bila tempat berhabuk, bila bermain ngn kucing2 kesayangan, tak cukup tidor ataupon time kenduri kendara (masa org ramai2..yang pasti time raya memang wajib bersin2)..bila dah mcm ni mood pon takde..jgnla nak ajak berborak atau nak buat lawak ngn aku.memang tak layan..time2 camni hanya tidur jadi penyelamat..
#tak suka tidur gelap2..at least kena ada lampu malap.selalu gaduh ngn adik aku bab ni sebab dia suka gelap2.
#suka sgt cake n suka sgt buat cake..aku penah bagitau ayah aku..”ayah, ain nak belajar buat kek betul2 boleh?”..”boleh..nanti ayah hanta la mana2”..”tak,maksud ain sekarang ni..ain dah taknak belajar engineering lagi”..
“haa?takda2..mana boleh mcm tu!”
AISH!
#senang kesian kat haiwan..even kesian kat anai2 yg ibu selalu pnggil pest control tuk sembur kt blakang rumah..tapi satu2 nya binatang yang aku tak kesah kalau nak dibunuh adalah nyamuk.itu memang satu haiwan yg sgt annoying.sorry nyamuk.no mercy for you..
selalu tolong mereka bila mereka kesusahan..tak kira la sekecil mana pon haiwan tu.mana yang boleh tolong aku tolong..(bajet penyelamat)..
# org igt aku susah menangis tapi sebenarnya aku senang menangis bila terharu n bila tgk org menangis..tgk bdk2 af tersingkir menangis2 aku pon rasa nak menangis..(isk malu doh!)
#pernah bercita-cita menjadi seorang pramugari..hakhak..
Alah biasela kecik2 dulu..korg pon mesti pernah bercita cita jadi pelakon/penyanyi kan..ha lagi tak logik
hah!lupa..(lebey2 lak.suruh 7 bagi 8)..tgn aku ni kadang2 suka terketar2 secara tetiba..tataula parkinson ke apa..
Tell 7 unspectacular quirks of yours.
# suka membeli tapi tak pakai..(gile membazir)..aku ada beberapa baju fitting room. (maksudnya baju tu penah pakai sekali je kat fitting room masa nak try sebelom membeli)..skng ni masih elok berlipat dan bergantung di dalam almari..sape nak beli online dialu2kan..
# butterfingers..contoh-tragedi mematahkan gelang berharga 198 di klcc..dulu2 pon aku selalu memecahkan barang2 kaca kat dapur..okla..bukan kat dapur je.barang2 perhiasan pon..sampai ibu cakap..tak heran la kalau ain yang pecahkan..tapi itu dolu2..zaman butterfingers sedang naik..sekarang ni diorg dah suram aku pon kureng sikit butterfingersnye..(cey nak salahkan grup butterfingers lak )..
#never really show what i mean never really mean what i say..hah paham2 kan la sendre.
# selalu tertinggal tinggal barang..pernah tertinggal baju kat hotel kat fraser hill.seb baik la time kitorang dah balek tu,member ayah aku belum balek lagi.so mintak tolong dia je bawakkan..memalukan gak r..tp syg tu beb.baru je beli..penah gak tertinggal dalam toilet coo-coo clock (jam yang kalau pukul 7, ada burung keluar dari tingkap sebanyak 7 kali) yang ibu baru je beli.bila pegi balek toilet tgk dah lesap..memang kena ar ngn ibu pastuh..penah gak tertinggal kat toilet botol air kesayangan anum yg mak dia bagi present time bday dia..ha ni kelaka..tapi malas nak citer..akibat kejadian pemurah tak bertempat ni, ibu selalu je remind aku “ain cek dulu betol2 ada tinggal barang tak”..jadi sekarang aku lebih berhati2 bila berhadapan dgn situasi ini.
# ske melambat2 1 bnde..tangguh2..last2 mnyesal..dah tau keje nk anta esok..mlm 2 baru nk wat..pdhl mse bnyk sblm 2..pas2 x siap..pas2 bengang padhl ske gle tangguh2 kn..
(haha ni aku guna ayat sejibun je ngn atif sebab memang betol pon)
#senang terpengaruh dengan barang2 yg org promote kat aku..lepastu beli tapi tak pakai..(waa banyaknye barang yang aku beli tapi tak pakai!baru aku sedar)..sebab tu la kalau ada org nak dtg promote2 kat aku, aku cepat2 bagi talk to the hand..(sebab takut terpengaruh)..kecuali bdk2 dtg promote celcom yang ‘free’ kunun..tu aku bagi talk to the feet terus..annoying gila..lagi2 time on the way nak pegi mid valley..macam desperate sgt la celcom nih..ops!no offence celcom user
#last but not least..selalu lambat..selalu menjadi org yg last bersiap..org yg last masuk kelas (perempuan r..tapi kadang2 di kalangan laki gak)..org yg last sampai..org yg last berlari ke garisan penamat..hehe ni tak pon sebenarnya..aku lari laju mcm watson nyambek(tipu)..kira kalau aku awal tu memang agak pelik ar..kesimpulannya selalu lambat..ni kesinambungan daripada wat keja last minit tadi..bersiap pon last minit pastu jadi la org last..boleh kata aku ni last malay girl la..atau translate ke bm, perempuan melayu terakhir..hehe
Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.