Friday, January 30, 2009

hectic

minggu ni merupakan minggu yang agak hectic utk sem ni..
sebabnya gamelan akan cari new intake..
aku kena buat jadual jaga booth..
susah nak puaskan hati semua orang ni..

baru aku dapat bayangkan macam mana perasaan jadi artis

bukan aku rasa aku busy mcm artis..
artis busy sangat ke pon
paklah lagi busy pe..
ataupon mungkin rosmah bini najib lagi busy..

ops ni dah sentuh politik2 ni bahaya ni..

takde
artis kan kena hiburkan orang je
tapi bukan semua org boleh terhibur pon dgn hiburan mereka2 ni

cth bila saiful apek buat lawak bodoh
kadang2 bole layan
kadang2 aku rasa diperbodohkan dgn lawak bodoh die

ok takpelah
aku saje mengisi masa lapang sebenarnya

Saturday, January 24, 2009

my preciousss


aku dah lama nak buat post pasal dia ni
tapi asik tertangguh je

dulu masa tahun bila ntah aku tak ingat
aku balik rumah tengok2 ada seekor persian cat yang comel gileee main2 kat rumah aku

aku pelik dari mana kucing ni datang
rupa2 nya balong yang beli kucing ni kat melaka

nama dia CHIMON

dia ni gile nye comel macam monyet

bengong
samakan chimon dengan monyet
tak tak
dia ni gile nye comel macam aku
hakhak
lagi tak boley bla
ok2
dia ni gile nye comel macam chimon
(aku buat perumpamaan comel macam diri dia sendiri sebab dia tak bleh nak compare ngn kecomelan yang lain)

aktif gile
yela sebab kitten lagi


"buat2 tidola supaya ain tak kacau"


masa ni dia kecik je lagi

bila dia dah besar dia berubah menjadi seekor kucing yang lebat dan kembang bulunya lalu menjadi seorang yang sombong dan berlagak lagi garang

heh

tapi takpe
kau tetap comel




"tak payah tgk aku lama2.aku tau aku vogue"


"tapi dalam masa yang sama tetap kena control ayu"


"buat2 tido lagi supaya tak dikacau oleh ain"


"sexy kan aku tido"

aku selalu sangka chimon kucing yg unik sebab mampu buat aksi begini

"aku dimasukkan ke kelas gimnastik oleh ain"


chimon seperti orang suka tido berbantal

"ini port feveret aku"


walaupon kucing yg vogue,chimon tetap seekor ibu yg mithali.

masa anak2 nya disunatkan,chimon setia menunggu di luar kandang

"jgn sangka aku vogue aku tak bertanggungjawab ok"



"kenapa aku comel sangat?"



chimon ni walaupun bajet kucing kelas atasan

dia tak pernah memilih darjat dalam berkasih

buktinya

bila kucing persian sebelah rumah (whity) nak ngorat dia

dia tak layan

pandang sebelah mata pon tak

padahal kucing tu macam dia jugak bulu kembang dan lebat

tapi bila nampak kucing jalanan kelas bawahan atau lebih dikenali sebagai ketua samseng kampung yang bulunye compang camping je

dia mula menggolek2 dan menggeser2 kan badan di atas jalan menunjukkan kemiangan

(gila gatal chimon nih)

baru aku sedar

chimon tak main laki2 pengecut macam whity (memang penakut pon whity nih)

dia nak yang otai2 je

bagi dia jantan mcm tu boleh protect dia dari sebarang ancaman dan ngoratan jantan lain

yela..

kucing hawt!

anak chimon + kucing jalanan

"aku tetap mak yang anggun walaupon beranak 6"


tapi sekarang chimon dah pergi tak kembali

masa tu teha call aku dari umah (aku masa tu kat u)

dia cakap chimon hilang

aku tak percaya sebab teha selalu ckp mcm tu padahal ada je.saja nak takut2 kan aku

hujung minggu tu bila aku balek rumah

aku cari2 chimon

tapi takde

tanya ria (maid)

"ria mana chimon?"

"chimon?dia hilang..kak ain tak tau ke?"(sambil buat muka serba salah)

"hilang?betol ke?"

"haah..dah seminggu"

time ni aku dah tak tahan dah

(TT)

menangis teresak2 la jwbnye (isk malu)

aku selalu membayangkan ape jadi kalau chimon hilang

sekali memang btol2 hilang

aku hope die dicuri org dpd dia jadi arwah

at least kalau org amik bela dia..dia masih hidup

aku igt memory last (ceyy) aku dgn chimon

masa tu wan angkat die (serius aku tak berani nak angkat dia kalau dia tgh duduk sebab dia akan buat bunyi marah.dia memang kucing yg garang.tapi aku berani angkat dia kalau dari tangan org lain)

tapi sebab masa tu wan pon baru je angkat die

dia tak kasik aku amek chimon dari dia

masa tu aku dah lambat nak balik u jadi aku takda masa nak tunggu wan jadi aku balik je u..

itulah last aku jumpa chimon

waa! (tetiba nak menangis cey takdelah)

aku rasa aku dah ter drag cerita pasal chimon ni

banyak lagi kalau ikutkan

tapi takpelah

takut basah pulak keyboard hakhak

chimon,i just want u to know..kau takkan ade pengganti

(macam saiko je ayat)



Saturday, January 17, 2009

hoki tournament 2

cerita ni memang dah agak basi sebab dah seminggu berlalu
tapi aku nak cerita gak
sebab aku sangat exited
kenapa aku sangat exited
sebab team hoki mahallah aku dapat no 2!

kitorang memang tak target untuk ke quarter apatah lagi ke final

plan aku n kwn2:
nak kalah masa saringan supaya boleh pegi ke youth09 esoknya
(nampak sangat main hanya untuk cukupkan korum)




gaya2 nak kalah



tapi salah seorang dpd teammates pegi golkan pulak
kami2 yang nak pegi youth09 ni
dalam hati.."alaaa..nape gol?!"
heh bongok je berpikiran cmtu
so besoknye kena la main lagi
ojah kata..dah alang2 kat quarter baik pegi final
aku hanya mampu tersenyum sambil berkata dalam hati..'kalau boleh la'

yelah
kitorang semua hanya beginner kecuali sorang je dah agak terre
dengan training yang ala kadar
sekali training nak cukup 10 orang memang tak penah
penah 2 org je datang nak balek baru diikuti yang lain
nak punctual lagila harapan

tup2
lawan2
menang lagi sampai la ke final

final kami bakal bersemuka dengan mahallah yang ada 5 org player uia termasuklah keepernya
kitorang dah target akan kalah sebab 1st game masa saringan pon lawan dgn diorang kitorang kalah
ni final jumpa lagi
lagi2 ada player uia yang sorang tu dah patah jari tapi masih mampu pukul bola dengan kuat

jadi kitorang memang kalah
maka no2

sebenarnya itupon dah cukup atau sangat memuaskan
biarlah tak pegi youth09 tu pon
kemenangan ni lagi berbaloi gila poyo ayat
walaupon ada mahallah yg tak puas hati
cakap2 belakang
(baik takyah cakap belakang sebab kitorang dengar gak)

mereka cakap kitorang tak terre tak patut no2
hoho
aku tau itu
tapi this is what we called rezeki ye



players bersama parasit


aku bukan nak riak ke belagak
tapi aku nak share

kesimpulan daripada ini

-jangan target tinggi2 sebab kalau kalah memang kecewa atau ayat lebih mudah sila target kalah kerana itulah target kami dari awal game
-walaupon begitu main tetap seperti biase sebab kalau main seperti hendak kalah baik golkan ke gol sendiri pasti anda akan kalah mudah
-tetapkan tema..tema kami pada hari itu..SENYUM dan jangan berkerut
biar muka terkena bola teruskan senyum sampai ke telinga
kira main enjoy2 jela..
-takyah marah2 teammate lain seperti yang aku dengar team lain marah antara diorang ketika game berlangsung..dgr itu saja aku sudah tensen walaupon mereka bukan team aku
-last but not least..takyah warm up..kajian mendapati aku lebih tak semput berlari jika tak warmup berbanding jika warmup
(ye lepastu bising2 sakit itula inila)




malam kegemilangan ceyywah!


yang pasti next year aku dah taknak main hoki
(sebenarnya aku cakap benda yg sama last year tapi aku main jugak this year)
tapi kali ni serius punye taknak
biarla tak cukup orang pon
suruh je kucing masuk
kucing belambak2 kat uia buat kilang anak je

hasil yang obvious daripada game ini
aku sudah jadi zorro
tapi kaler terbalik
means muka hitam tapi area mata putih


aku menyesal tak pakai contact lens



youth09 kami di sini je

Friday, January 9, 2009

hoki tournament

besok aku ada tournament hoki wakil kolej/mahallah aku
lawan kolej2 lain..
ye mamal..sile la geli..
aku tak terre pon main hoki..
sebenarnya tak terre langsung..
kadang2 aku hanya pukul angin..
dan untuk berlari kat turf hoki yang besar macam padang bola tu
sangatlah menyemputkan aku

tapi lantak
aku saja je nak masuk
keluarkan peluh
bajet menjalankan kehidupan yang sihat dan cergas

heh yelatuh
sebenarnya sebab takde orang nak main hoki..
orang yg join team sem ni suruh orang yang join hoki tahun lepas masuk lagi tahun ni

actually last year dah start main tuk kolej
kitorang dianggotai oleh pemain2 yang sangat amateur
sebabnya takde orang nak masuk hoki
aku sbg team manager yang risau mula menarik n mempengaruh kwn2 tuk main sama
ada yang tak penah pegang pon stick hoki tuh
first time pegang masa training
main2 pakai back stick
kesimpulannya team aku last year memang kebanyakkannye tak tau main hoki pon

tapi kitorang sangat enjoy
time training enjoy
time game pon enjoy
walaupon memenatkan




kami masih sempat ke kolam air panas b4 game petang tu



n yang paling bes
walaupon kitorang semua kebanyakkannya baru 1st time main
kitorang still mampu dapat no 4
mantap sungguh rasa waktu tuh
dahla itupon sebab ajaran sesat yang diberi oleh coach waktu penalti
kalau tak confirm no3
ecece



players bersama coach



sekarang team aku dah lain
agak bosan
aku pon kurang bersemangat sikit
main tuk kalah je boleh tak
lagipon sok plan nak gi youth09 kat pwtc
n dengarnya kitorang bakal berlawan ngn mahallah yang ada 5 hoki player uia
dgr itu saja aku sudah gerun
n membayangkan kekalahan yang awal
jadi kalau kalah awal,leh cabut pwtc terus!
ahaks!

papepon..
wish me luck!

Sunday, January 4, 2009

choc cheesecake with seluar flava

wiken kali ni rumah aku sekali lagi dipenuhi dengan sanak sedara yang memasing suka bikin kecoh lagi2 daniel n mira..
parents aku dah balek haji..
yuhuuu!
dah bebas!

heh sepatutnya time diorang takda la yang bebas
tapi tidak..

rupa2 nya time diorang takda LAGI susah nak buat party liar

heh party liar la sangat



tadi buat marble choc cheesecake berperisa seluar
sebenarnya dari semalam nak buat.tapi sebab aku bersin back to back maksudnya non stop maka hanya kek bantal yang mampu dibuat bak kata maksu

*kek bantal bukan macam keropok bantal yang sedap tu.tapi kek yang dibuat di atas bantal maksudnya aku tido la

sedap kan mamal?
sungguh rugi makngah n maksu n paksu balik awal

heh padahal aku yang lambat sangat nak start buat
kesian makngah..dia cakap kat mamal
"huh,mama dah balek baru nak buat"
hee sory makngah..
mamal dah tau buat tu,nanti balek rumah makngah mesti dia buat pnye

oklah..besok nak balek u
yeay!takyah balek ahad
bes sikit jadual for this sem
sebab hari2 kelas kul 11.30
so balek hari isnin pukul 11 la jawabnya

sebenarnya azam aku setiap kali masuk sem baru nak datang awal ke kelas..
tapi harapan je la~

p/s : sebab aku suka baking,aku bakal buat satu blog khas untuk baking saja


p/ss : anda tak perlu tertanya-tanya kenapa kek ini berperisa seluar

Friday, January 2, 2009

mark calendar anda untuk event ni kalau sudi


marilah kita beramai2 menyesakkan booth ini..

p/s:walaupun nama event adalah youth,tidah bermakna anda yang warga emas dipulaukan daripada menghadiri event ini.anda masih diperlukan