Tuesday, July 5, 2011

01072011

1st of July haritu merupakan tarikh keramat bagi aku and also my turning point..

firstly-sebab aku dapat call from a company offering me a job..syukur alhamdulillah..i'll start reporting on duty this 15th July..cuak wehh..luckily ada member iaitu tim.haha...rompin tau jeles dia dengan kita..
yang membuatkan ia semaniss kurma lagi adalah kerana semasa pergi ke company tersebut di shah alam untuk ambik offer letter, ibu n ayah menawarkan diri untuk menghantar..padahal time tu tengah kerja..sooo sweett kan.haha..macam budak nak masuk sekolah baru pulak..lagipon diorang nak tunjuk jalan since aku tak familiar lagi with the place..sepanjang proses tu-signing letter,medical check up, xray diorang setia menunggu..
and nampaknya lepas ni aku kena bermastautin terus di rumah shah alam sebab kalau gerak from rumah menjalara memang cari nahas la.konfem2 lambat n jalan jam lagi..

secondly-aku berjaya buat blueberry cheese tart!!gempak tak gempak??kehkeh..sebenarnya dah lamaaa nak buat tapi asik ada je gangguan...2 hari before tengah buat, butter n gula dah mix, tepung dah ayak, sekali mamal ajak jogging.nak tolak tak sampai hati dengan diri sendiri memandangkan badan yang dah berketul2 sana sini.so masuk kan bhn2 yg dh di campur tadi dalam fridge..2 hari lepas tu baru berjaya buat..itupon tengah syok2 mix kan semua tepung dalam mixture tetiba dapat call from this company suruh amek offer letter haritu jugak..delay lagi gua punya  cheesetart..malam tu pukul 10 kot baru dapat sambung..sampai la pukul 3 pagi baru siap..*_*


kalau nak order dialu2kan.. :)


ps:aku rasa aku dah kekurangan skill menulis since dah lama tak berblogging..(gaya skillful sgt la)


Monday, May 9, 2011

maroon yg ke 5!

heya! im back! thanx to mamal yang suruh aku berblogging semula.siap tag aku supaya aku ada tugasan untuk dibuat.i'll come with that later.but before that aku nak habaq kat readers (kalau ada lagi) yang aku telah pergi ke konsert for the first time (lame ke?) last 29th april.konsert maroon 5 yaww!heh aku tau diorang ni band yang dah agak lapuk.yela dah lama kan.zaman tok kaduk dulu yela glamer.sekarang orang nak layan lagu justin bieber je (apa yang best sangat aku pon tak paham).dia datang dekat2 pulak tu dengan maroon 5.memang tenggelam la maroon 5 sebab media asik kecoh pasal bieber je.

sebenarnya time 1st year dulu pernah cakap kat anum,kalau maroon 5 datang malaysia aku nak pergi.sebab time tu diorang datang singapore je.malaysia dah selangkah ni diorang taknak datang pulak.kecewa den.sekali tahun ni,betul2 lepas present FYP diorang datang.just the right time lah.ni 1st time diorang datang malaysia.kalau datang time 4 tahun dulu sure still panass diorang ni.tapi takpe sekarang ni pon panas lagi apa.lebih2 lagi adam levine..owh*melting*




 nasib dapat tempat dekat la jugak.itupon berdiri selama 2 jam



adam menggoreng

macho x macho?

 tak sepenuh konsert justin bieber



 babai!do come again!

happy faces :)

kalau nak beli apa2 merchandise better beli lepas habis konsert ye.dapat murah n tawar-menawar lagi.*pengajaran utk 1st timer mcm kitorang nih*


aku perasan si adam livine ni suka benar membengkok kan kaki dia time nyanyi.amek feel ke.macam misha omar terkangkang2.lepas tu suka buat gaya lembik2.gay ke adam ni.cey sesuka je nak buat assumption.








yang lawaknya time on the way nak pergi bukit jalil kitorang ikut jalan mana ntah konon nak potong jam.sekali sesat.last2 pergi tanya jalan dekat balai polis n diorang escort kitorang pergi bukit jalil.hoho.siap tahan kereta bagi kereta bmw aku ni pass dulu.rasa macam vvip plak.kehkehkeh



Thursday, December 16, 2010

ceritera cuti

walaupun cuti dah habis tapi aku nak jugak la bergebang sikit pasal cuti aku haritu.apa yang aku dah berjaya accomplish.apa yang hot2 ciken shit.cuti sebulan je pon.pejam celik pejam celik dah habis.

ni senarai wishlist aku untuk sepanjang cuti yang lepas.bosan kan.

1)basuh kereta - accomplished!

basuh hantar kedai la tapi.makcik tak larat nak basuh sendiri.dah tua.

2)servis kereta - accomplished!

first time pergi servis kereta.before ni mintak tolong orang je.dah 3rd time.so no more free labor charges..myy dah 7 bulan kereta ni aku pakai.sayang sangat bmw aku nih

comel je dia kena servis

3) buat kek & others - accomplished!

buat kek sometimes boleh membuat kan aku hilang dalam dunia aku sendiri ceyyy macam psycho je bunyi.tapi serius.kalau gaduh-gaduh ke,buat kek terus terlupa akan tekanan perasaan

puding roti + custard sos.gulp


sardine rock n roll without oil bebeh!
pssst : rupa-rupanya tips nak bagi sardin roll tak berminyak ialah sapu dengan air sebelum digoreng


dua hari berturut-turut aku buat makanan sama macam dekat stabak; puding roti & sardin roll.hmm mungkin aku dah rindu dekat makanan stabak engine yang berkepala tikus..blueeekkkk!!


spaghetti aglio olio.

petang itu semasa high-tea bersama ibu dan teha di atas meja:

ibu : ok tak rasa dia (puasa tak dapat rasa la)

aku : entah la.ada macam something yang kurang la

ibu : apa yang kurang.rasa camana

aku : maybe olive oil ni jenis yang tak sedap

teha : rasa macam tawar

ibu : taruk garam tak?

aku : Ya Allah!lupa nak taruk garaammm! (TT)


boleh tak aku lupa nak taruk garam?bahan asas paling penting..yela biasa buat kek je manada guna garam bagai.siap nak salahkan olive oil tak sedap.duhh.


coklat cake banjir
hoh terbanyak gila coating choc.
pssttt : cake ni tak pakai telur n butter tau.tapi pakai cuka.laku woo.nampak je hodoh.

disebabkan aku asik buat makanan-makanan macam ni je.ada orang dah bising.takkan nanti saya kena makan makanan macam ni je.belajar la lauk-pauk pulak.fine before habis cuti aku sempat la belajar cara-cara goreng ikan TT

4) kemas almari - hot2 ciken shit

haha ni daripada dulu aku planning,cuti je nak kemas almari.tapi bila masa, aku hanya mampu tengok je almari tu.tak sanggup nak punggah.tak,bukan sebab bersepah sangat.tapi sebab banyak sangat baju yang nak diasingkan mana yang boleh pakai lagi and mana yang tak boleh.nanti dah kibas2 baju tu confirm bersin2 non stop.tak larat lah kalau macam tu..*alasan banyak kau nih*

5) jogging @ exercise - semi-accomplished

ah ni takyah cerita pun takpela.buat malu je sebab hanya berbasikal 2x.itupon tak sampai 15minutes.dekat rumah ni simpan jela angan2 nak diet ke hapa.kat u baru boleh tukar mode diet sebab kat u takda makanan bes.kat rumah cannot resist!

6) facial muka - accomplished!
rambut - hot2 ciken shit

sebenarnya aku just nak wash rambut and blow.tapi hajat tak kesampaian.wash and blow di rumah sahaja.

7) update blog - accomplished!

yang ni setelah menangguh seberapa lama akhirnya aku berjaya jugak update satu post sepanjang cuti sebulan tu.itupun hari2 terakhir kat rumah baru la update.ah tak kisah.bukan aku blogger tegar pon nak update sepanjang masa.

8) makan sushi before december - accomplished!

yang ni aku berjaya makan.but not before december, after. aku nak makan before december sebab november haritu tengah salmon month koott!muh fevveereeet!kalau dalam cerita batu belah batu bertangkup kempunan ikan tembakul, dalam cerita ceritera cuti aku kempunan ikan salmon.mungkin kalau rumah aku dekat dengan batu caves aku dah menyorok kat situ dah sebab merajuk.tapi nasib baik ada patung emas besor gabak.taknak aku.

however, kempunan aku nak makan salmon tu akhirnya dapat dihidu oleh ayah aku agaknya.lalu dibawanya kami sekeluarga menikamti keenakan restoran jepang di tropicana golf resort sempena menyambut birthday balong..memang marveles eventho aku terasa agak loya.huahua



sushi bento set ke hape tah namanya.yang penting makanan wan paling heaven!

9) basuh kucing - accomplished!

aku ada 4 ekor kucing hasil chimon dan bapaknya lelaki jalanan maybe.semua comey2 belaka.dah lama rasanya diorang tak berendam.so kali ni kasi can main air puas2

ahh seronoknya ada tuan puteri mandikan


kurus je rupanya kau ni gafil.bulu je lebih


si lembut berlindung dalam bakul daripada dingorat si whity.baru lepas mandi nampak hot kot.whity tergoda aww.
*kesian dulu ngorat mak si chimon tak dilayan try ngorat anak pulak*

hamboi2.dah sedap mandi rilek je bersantai atas meja carom eh.ingat ni korang punya katil ke apa

sekian sampai di sini sahaja ceritera cuti hamba.hamba minta izin mengundur diri dulu untuk ke kelas.entah ada lecturer ke tak.berapa kali pergi asik takde lecturer je.kesian hamba.takda yang hendak mengajar


Saturday, December 11, 2010

koc pink selamat kah tidak?

haritu aku telah dating berdua dengan kemal.kemal ajak aku pergi jalan tar.nak beli kain katanya.kitorang decide nak naik komuter instead of kereta since tak payah susah2 nak carik parking plus duit parking yang dapat dijimatkan plus tak payah merempuh jam plus aku pon dah lama tak merasa naik komuter or lrt or yg seangkatan dengannya sejak aku berkereta..so aku gerak from ktm maluri and kemal from ktm bangi

di ktm maluri setelah komuter sampai aku dengan jakun cepat2 beratur dekat tempat koc pink atau koc wanita akan berhenti. yelah selama ni tengok dalam paper or berita je pasal koc wanita ni.bila dah ada depan mata nak jugak tau apa rasanya naik komuter bersama para wanita sahaja.mana tau boleh ngorat satu dua ke (-_-")


tiba-tiba aku rasa malaysia ni sangat comel buat corak macam ni dekat keretapi


ok dah masuk..penuh jugak.and pandang kiri kanan cari ada kelibat si jantan ke tak.so memang takda.cari kelibat si jantan menyorok di sebalik kelembutan-waja
h ayu-tangan patah-ketiak,bulu kaki shave-bulu mata lentik-makeup taknak kalah-rambut pakai jari pon boleh-dada kalah wanita lain juga tidak dijumpai.ok sah2 ni memang untuk wanita sejati sahaja.


dah terang2 ada sticker ni pon ada yang tak nampak lagi


tapi bila sampai next station iaitu segambut, tiba2 ada dua orang lelaki indon yang tidak tahu malu sebok2 nak masuk koc merah jambu ni.aku dalam hati apahal laki ni.macamlah tak boleh masuk gerobok gerabak lain.fine biar je lah.sampai dekat dengan next station iaitu ktm putra dengan tidak semena-mena........

berlaku satu kekecohan betul2 dekat depan pintu komuter tu or to be exact dekat tempat jantan dua ekor tu berdiri.aku tak nampak apa walaupun aku dekat je sebab ramai sangat orang lagi2 orang depan aku ni auntie cina tinggi.yelah aku kan pendek kan.

walaupun aku tak berapa nampak apa yang berlaku tapi aku dengar la ada auntie ni cakap

"hey apa ni.awak nak apa.jangan lah tarik kaki saya..soksesokseksokseksoksek"

lebih kurang macam tu lah jugak selama beberapa minit.bila dah stop dekat stesen putra je dua orang lelaki indon tu terus berusaha lebih keras melakukan apa yang sedang dilakukan dan terus melarikan diri.

auntie cina tadi macam terpinga-pinga dan sambil menyeluk poket nya dia mengeluh dalam bahasa cina.dan terus membebel dalam bahasa cina.of course la aku tak paham kan.tulah dulu belajar bahasa mandarin main2.sekarang dah tak tau gossip hot.

melalui orang lain yang bertanya pada auntie tu aku tau la yang dia dah kena pick pocket tapi di dalam sedar.siap dipaksa lagi.tapi aku tak puas hati.nak jugak kepoci aku tanya auntie cina tinggi depan aku yang menjadi penghalang utama aku mengetahui cerita panaassssszzz..

si curious : auntie duit dia kena curik ke
si tinggi : ya la.solang talik kaki solang amek duit dalam poket loo
si curious : wah sampai tarik kaki
si tinggi : iya loo
si curious : kurang ajar betul

yess puas hati dah tau cerita.hohoho merry krismas!

tapi kurang ajar ok.dahla indon.datang negara orang buat crime.lepastu kat negara dia sebok nak bakar bendera kita siap baling tahi la apa la.tuduh kita malingsia lagi. *maling means pencuri if im not mistaken*. hoi tak sedar diri!kau datang sini mencuri duit orang tu apa?fvbiuvbiuiuc.emo..tak sedar ramai orang dia kat sini cari duit.kalau secara halal takpe gak.ni secara haram.fhgseurghcnwi.emo..pergi balik negara kau la weyyhh...fdjvunienmd.emo lagi.perasan tak setiap kali emo mesti start dgn huruf 'f'.kenapa eh?maybe sbb nama aku start huruf f..ahh lupakan.

semoga auntie cina tu tak terkeliru yang mencuri itu bukan melayu tetapi indon.

next station sampai la tempat aku nak turun;bank negara.kata nak pergi jalan tar kan..so kena la turun situ.kebetulan kat situ ada pulak cam pondok kawalan polis.aku mula-mula confuse nak cerita ke tak pasal kes dalam train tadi.sebab bukan jadi kat aku pon.biarlah auntie cina tu sendiri yang buat report kan.tapi disebabkan rasa kemasyarakatan yang menebal dalam diri ecehhh aku pon buat jugakla report.setakat cerita apa yang terjadi je.

sebenarnya aku nak tekankan patutnya kena la ada orang yang jaga dekat pintu masuk koc wanita ni supaya hanya yang betul-betuuullll wanita berkualiti saja yang dibenarkan masuk.macam kes tadi.mentang-mentangla semua wanita kan, berani la diorang nak mencuri.wanita kan makhluk yang lemah gemalai giteewwww (-__-)
lain la kalau ada antara ramai2 tu belajar silat cekak ke hanafi ke karate-do ke taekwando ke wusyu ke ong bak ke taichi ke dan seterusnya.tapi kalau ye pon belajar belum tentu berani nak lawan kot.lelaki ni tenaga dia kan lain macam sikit.lain la kalau kita minum tongkat ali.mungkin boleh ada kuasa tenaga macam lelaki jugak.

so disebabkan semua perempuan saja dalam koc pink ni, lelaki-lelaki jahat kurang ajar di luar sana dengan senang akan ambil kesempatan.lain la kalau ada lelaki lain dalam tu..maybe mana2 lelaki yang nak tunjuk hero macam remy ishak bolehlah buktikan kejantanan masing-masing time2 macam ni.

on the way balik tu aku macam biasa naik koc wanita lagi.alang-alang aku wanita.gunakan la kemudahan yang ada sebaik mungkin.lalu dekat stesen putra aku perasan eeh ada abang pakai uniform biru la jaga kat pintu masuk koc pink ni.aku dalam hati,waahh dah ada polis jaga.bagosnyaa..ini mesti sebab aku komen awal-awal tadi.hehehe.dalam hati bangga la jugak (^-^) *battling eyelashes*.at least i did something for the sake of everyone's safety..

hopefully the same thing will not gonna happen again.walaupun aku tak berapa nampak hanya dengar kekecohan yang berlaku sambil terjengkit2 celah2 orang nak tengok apa yang berlaku, tapi aku dah cuak gila kot lepas tu.meremang bulu roma den.terus kepit handbeg rapat2 sambil mata memerhatikan kejahatan orang sekeliling..

kepada semua yang rasa anda wanita.sila la ye.sila berhati2 semasa menaiki keretapi tak kira keretapi apa.komuter ke lrt ke putra ke.lebih berhati2 jika anda berada betul2 dekat tiang depan pintu automatic tu.sebab kes kat atas tu berlaku kat situ la.rasional nya sebab senang je nanti pencuri tu nak lari bila sampai ke next station.lagi2 kalau bawak beg.perempuan biasala aksesori wajib kot beg tu.pencuri ni kalau nak ragut beg tu, bila dah sampai kat stesen, diorang ragut je cepat2 then lari keluar.ha apa susah.ceh macam berpengalaman pulak.

ok.panjang dah hgupa-hgupanya...

till then.adiossss~

Thursday, October 7, 2010

sedikit petua

sebelum aku update gambar raya yang dah nak habes pon esok aku nak bagi petua2 sikit.
ni petua dari imam syafie.renung-renungkan dan selamat beramal!

*ehsan dari facebook tim*
  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.



Thursday, September 16, 2010

riang ria raya bersama saya

kan aku cakap nak rajin update blog bila dah tukar design blog template yang baru.ha ni aku nak update pasal suasana raya tahun ni.sebelum tu nak wish selamat hari raya.tak tau nak minta maaf zahir batin ke tak sebab blog ni dah lama tak update so rasanya dia takde buat kesalahan terkini.

malas nak cerita panjang.
let the pictures do the talking.




^%$&*(&*&$#
aku tak transfer gambar dalam laptop lagi rupanyaaaa!

to be continue...

Friday, September 3, 2010

blog bertukar wajah

semoga dengan template design yang baru nih

aku lebih bersemangat untuk mengupdate blog walaupon takde update sangat

*cun kan design baru blog aku.siap ada burung2*